Saturday 2 May 2015

Bercuti ke Amsterdam - Keukenhof Garden

Assalamualaikumm...

Sekarang tengah musim bunga kat sini start bulan Mac hingga Mei. Time ni paling best bercuti ke Amsterdam untuk tengok bunga tulip yang sedang berkembang mekar cantik sangat2! So kami sekeluarga (bertiga je pun ;) plan percutian ringkas ke sana. Tujuan utama memang nak tengok bunga tulip di Kuekenhof tapi dah alang2 tu sempat jugak ke beberapa tempat menarik yang lain.

Kami bertolak daripada Manchester Airport pukul 7:00pagi dengan menaiki flight easyJet dan sampai di Schiphol Airport lebih kurang pukul 09:30pagi. Oh ya beza waktu antara UK dan Europe countries 1 jam ya. So sebenarnya perjalanan dalam 1 jam 30 minit je.

Dalam train from Sheffield to Manchester.. Baby sleepy lagi pukul 5:00 pagi kot!

Manchester Airport :)

Wefie dulu kat Schiphol Airport

Sampai je kat Schiphol airport kami terus cari shuttle bus ke Keukenhof. Tak sempat nak bergambar dekat sign Iamsterdam kat Schiphol.huhu. Bus 858 ni dekat dengan Exit Arrival 4, dekat dengan starbucks. Senang je nak cari bus ni ikut direction daripada website Keukenhof.

Tempat tunggu bus ke Keukenhof di Schiphol Airport.

Masa kami sampai queue dah panjang sangat macam ulaq melingkaq. Nasib baik dah beli tiket siap2 dari official website Keukenhof, http://www.keukenhof.nl/en/ Kalau nak q beli tiket lagi tak taulah sampai sana pukul berapa. Walaupun weekdays ramai jugak orang. Mungkin sebab Keukenhof ni dibuka waktu tertentu je jadi setiap hari pun ramai orang.




Kalau nak beli tiket di Schiphol Airport boleh beli kat I amsterdam Visitor Centre dekat Arrival 2. Better beli combi ticket (shuttle bus + entrance fee). Harga combi ticket untuk tahun 2015, € 23.50 seorang. Sebaiknya beli lah tiket online siap2 dan jangan lupa print. Sebab kalau beli kat airport q sangat panjang. Lepastu kena q lagi nak naik bas. Banyak rugi masa kat situ jek.

Akhirnya dapat naik bas jugak. Alhamdulillah dapat last seat kosong. Mana yang tak dapat seat terpaksa berdiri lah. Rugi kan :( Tapi tetap jugak orang ramai bersesak penuhkan bas sebab tak nak tunggu the next bas. Perjalanan dari Schiphol ke Keukenhof lebih kurang 30min jugak.

View dari dalam bas yang cantik. Ada lalu kawasan kincir angin moden tapi tak sempat snap gambar.

Sampai depan Keukenhof bus berhenti kat bus stop depan pintu masuk. Tiket yang dah print tadi dia akan scan barcode. So jangan lipat ye barcode tu. Kat sini ada menyediakan free stroller untuk kanak-kanak & wheelchair untuk disabled person. Masa petugas scan ticket kita boleh tanya kalau pushchair still available. Waktu kami sampai pushchair masih banyak, jadi kami ambil jugak walaupun Husna sebenarnya lebih banyak duduk dalam sling.

Ni gambar masa nak pulang stroller. Semua dah kosong time ni.
Masuk je dalam tu orang dah ramai & sangat meriah. Alhamdulillah cuaca cantik sangat time tu. Tapi MasyaAllah sangat ramai orang. Peta Keukenhof boleh dapat kat dalam bakul tepi jambatan tu lepas pintu masuk. Melilau kot cari peta rupanya ada dalam tu.huuuu



Bila nampak je tulip pertama kat area pintu masuk tu terus excited! Jalan laju2 nak jarak sikit dari orang ramai. Kami pun meronda2 lah sampai penat. View sangat superb & nampak macam dalam gambar je. Walaupun pakai camera Iphone je pun cantik.






Pakai sport shoes untuk keselesaan sebab confirm akan banyak jalan!
Boleh naik bot ni untuk tour Keukenhof rasa. Tapi ramai sangat tu orang beratur :(
Husna asyik kena jadi model

Tengah sibuk photoshoot ada makcik ajak Husna sembang :D
Geram sangat tengok bebunga ni rasa macam nak petik je.
Tulip farm dekat dengan Keukenhof.
Suka sangat gambar ni..
Cardigan nampak sempit sebab pakai baju 3 lapis.haha

Kami bawa bekal makanan daripada Sheffield sebab memang niat nak berkelah kat sini. Ada juga Cafe dan beberapa gerai menjual makanan dan juga aiskrim. Cuaca memang panas time tu dan kami jumpa satu tempat duduk redup bawah pokok..hihi terus chop tempat & bukak makanan.

Tapi 10 minit je duduk situ kami dah gigil kesejukan. Haha typical malaysian nak juga cari tempat redup lupa kot kat oversea ni walaupun panas tapi angin sejuk dia masyaAllah menggigil sampai tulang. Padanpun takda sapa nak duduk situ semua pakat duduk bawah matahari :D. Kami pun pindah lah cari tempat yang betul2 matahari atas kepala. Pastu sambung makan dengan nyaman.

Lepas dah kenyang dan puas meronda kami tunggu bas untuk balik ke airport semula di tempat yang mula2 sampai tadi. Ada signboard bas ke Schiphol. Ramai jugak beratur tapi tak seramai macam kat Schiphol.


Sedar tak sedar dekat 3 jam jugak kami dalam tu. Besar sangat sampai kami tak habis cover semua. Maksudnya kena datang lagi ni next time :p..InsyaAllah..

OK lepas ni kita ke Amsterdam City Centre pulak..

Assalamualaikummm....



6 comments:

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com


Wassalam

She said...

Assalam sy akn pegi bulan 3 ni kalo nk ke keukonhof mmg bus di schipol airport ye..

Unknown said...

Best nya...bertuah awak ^_^

Unknown said...

Best nya...bertuah awak ^_^

IslamicTraveller said...

Perkongsian pengalaman yang sangat menarik dan bermanfaat...

Cuyang AA said...

bestnya..tqvm kongsi pengalaman..teringin nak g sana..tapi msh recce2 bajet yg mampu :P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...