Saturday 3 May 2014

Detailed Scan & 3D/4D scan

Assalamualaikum....

Tak sempat lagi nak polish entry tentang pemakanan..rasa macam jawap essay masa student dulu :p. Untuk entry kali ini kita santai-santai sahaja saya nak cerita pengalaman buat detailed scan.

Detailed scan ni lebih kurang je macam scan dekat klinik tu cuma lebih lama dan lebih detail lagi. Biasanya kita nak tengok anggota badan baby cukup ke tak ada sumbing ke organ dalaman macam buah pinggang, jantung, tulang belakang semua dah nampak dah.

Untuk detailed scan ni kami buat dengan 3D/ 4D Scan Malaysia. Harga RM120 siap CD dan print gambar.. Aiii...nak mengintai baby punya pasal takpelah melabur sikit. Lagipun dapat cd boleh tunjuk kat baby nanti insyaAllah..

Kebanyakan klinik yang buat detailed scan ni kat KL or Selangor jadi bila jumpa klinik kat Penang ni cepat-cepat saya email dan book appointment. Sekejap je prosesnya cepat je dia reply.

Appointment pukul 10pagi, kami gerak dari kulim pukul 8:30pagi sampai-sampai je klinik Mediviron tu tak bukak lagi :p. Excited terlebih pulak nak intai baby tengah buat apa pagi-pagi ni..dah bangun ke belum tu?hihi

Pakar yang scan ni bukan doktor ya, dipanggil sonographer.. Dorang ni lagi tau details tentang scan ultrasound ni sebab dah memang tu yang dia belajar huhu.. Segala macam bahagian badan baby semua dia tunjuk tapi kami yang tak berapa faham tengok ultrasound ni nampak gelap jek :p

Jom layaan gambar baby kalau korang boleh nampak lah.hahha

Haa..ni jelas nampak bentuk muka baby kan :)

Ni spine baby iaitu tulang belakang..nampak ok sihat dan normal alhamdulillah cukup ya kalsium untuk baby

Yang ni rasa kepala baby

Kepala baby diukur nak tengok perkembangan setara tak dengan EDD

Nampak tu tulang paha pun dia boleh detect..salute lah dengan sono ni

Ahha kidney ni boleh nampak aliran darah

Humerus ni tulang tangan ye

Ni gambar feveret saya siap nampak jari lagi sikit punya comellah genggam tangan pulak baby ni ehhee

Hidung pun dia boleh nampak..mancung tak agaknya yek? :p

tekak lidah semua pun ditunjuk....tapi yang saya nampak macam gelap jek :D

Mulut comel baby

Ni segala details ukur lilit kepala etc..dapat jugak satu dia print skali..

Ahhhaa tudia gambar2 baby banyak lagi tapi semua takfaham..yang upload ni mana yang dia tulis so boleh la cam sikit hihi.

Oho lupa pulak nak mention detailed scan ni hanya boleh buat masa kandungan minggu 18 - 24 sahaja sebab kalau baby dah besar susah nak nampak body part dia,,ruang nak bergerak tu dah kurang. Jadi korang sekarang dah berapa minggu ni? Jom lah buat detailed scan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...