Wednesday 20 May 2015

Paris Part 4: Musee du Lourve & Beauvais Airport

Assalamualaikum...

Last entry untuk Paris. Walaupun cuma 1 hari kat Paris tapi banyak pulak nak update.huhu..Ni pun banyak tempat yang tak sempat pergi. Kalau pergi semua agak-agak ada berapa banyak story daaa.

So kami decide naik metro terus ke the Lourve. Katanya ni tempat wajib pergi kat Paris, the most famous museum in the world yang menempatkan potret Monalisa. Malas pulak nak masuk muzium2 ni lagipun kami ni bukanlah pencinta seni. Just nak tengok bangunan2 yang unik je. Ok, kat bawah ni gambar-gambar Lourve.

Panorama 360 degree the Lourve

Besar tau muzium ni..kalau masuk dalam ni mau 1 hari pun tak habis

Antara lokasi film The Da Vinci Code


Intai bawah pyramid nampak ramai orang dalam museum 
Kedai souvenir pun kami tak masuk..

Front view, the whole museum..besar kan?

Kat sini kami nak santai-santai je jadi duduk je lah tengok gelagat orang. Sempat pulak bagi Husna makan sambil menyaksikan pemandangan indah tapi tetap jugak makan tak habis budak kecik ni. Minum pun susah :'(


Husna baru nak makan..

Lepas makan dan lepak-lepak kami pun menuju ke destinasi seterusnya, Tuileries iaitu taman bersebelahan dengan the Lourve. Besar taman ni tak habis explore pun.

Pintu masuk taman..
In between Lourve dengan Tuleries ni ada klon Arch de Triomphe. Sepatutnya memang plan nak ke sana jugak tapi tak sempat, dapat tengok yang kecik je pun jadikla. Tak larat kot nak mendaki tangga. Sepanjang kat sini dah berapa kalori agaknya terbakar sebab banyak sangat jalan. Ai...makin kuruslah kami.

Arch de triomphe versi pendek

Kebanyakan gambar kat sini nampak gelap dan mendung sebab pencahayaan yang tak berapa baik. Panas sangat time ni dan gambar melawan cahaya. Nampaknya kena beli DSLR satu pasni :p Ni gambar-gambar kat taman yang sempat di snap.

Taman ni besar dan memanjang

Ramai orang berjemur depan fountain ni

Tengok muka memasing dah penat, Husna pun sambung tido lagi

Oleh kerana memasing dah malas nak jalan kami decide nak terus ke airport je tunggu kat sana. Lagipun nak ke airport kena ambil shuttle bus harga 15.90€ per person. Nasib baik metro terdekat ada kat Tuileries, so jalan sikit je naik Metro 1.

On the way ke Metro station nampak pokok-pokok ni cantikkan?

Ahha dekat sebelah metro tu ada toilet! Hihi percutian kali ini asyik mencari toilet

Kami turun kat Porte Maillot untuk naik shuttle bus ke Beauvais Airport. Dah beli siap-siap tiket bus secara online tapi kalau tak beli lagi ada kaunter kat situ dan bas pun sangat banyak dan sangat kerap so jangan risau tak dapat tiket. 


Peta from metro ke Bus terminal

Perjalanan dalam bas makan masa 2 jam jugak jadi plan well ok supaya tak tertinggal flight. Kami pun sipi-sipi je. Sampai airport change nappy Husna, solat pastu terus ke balai berlepas sebab beratur sangat panjang untuk cek imegresen. Airport ni kecik je bukan main airport jadi memang sesak dan kelam kabut sikit. Nasib baik bawak Husna jadi boleh terus lompat ke priority lane.

Tapi sebab dah ramai sangat orang time tu dan flight ke Manchester pun dah nak berlepas, so semua yang naik flight ke Manchester terus masuk priority lane =.=. Time tu dah la hujan lebat, nak naik plane pulak kena beratur depan pintu (macam airasia). So kami jadi orang terakhir yang naik sebab takmau husna basah kena hujan time beratur.

And masa nak tunggu ni lah Husna mengamuk menangis tak berhenti. Kesian di da penat sangat la tu..1 hari tak jumpa katil, asyik duduk dalam sling uhuuu :'(

Cantikkan snap pic ni masa dalam flight, pertembungan malam dan senja

Serik rasa ambil flight malam ni..kalau ada anak kecik elakkan lah. Even flight kami ni baru pukul 8.00pm tapi sebab tu time tidur dia kan. Dan kalau boleh elakkan buat day trip kalau bawak baby.huuuu lessons learned.

Nasib baik dalam flight dia boleh sleep. Sampai Manchester kena ambil train ke sheffield lagi. Sampai rumah dekat tengah malam terus basuh kaki tidur. Happynya jumpa katil!



Assalamualaikum...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...