Friday 15 May 2015

Paris Part 2 - Eiffel Tower

Assalamualaikum....

Jum kita sambung jalan kat Paris ya. Destinasi pertama kami adalah Eiffel Tower. Biasanya untuk ke Eiffel Tower boleh stop kat Champs de Mars. Tapi kami baca beberapa review yang view Eiffel daripada Trocadero lagi cantik dan boleh ambil gambar Eiffel yang center daripada sini.

So daripada Gare du  Nord kami ambil metro M4 dan tukar M9 di Strasbourg - Saint - Denis dan turun di Trocadero. Semua ni ada kat website RATP tu, senang je kalau dah tau station mana kita nak pergi. Kalau tengok peta memang pening sebab berselirat sana sini.

Wefie dalam metro

Haa..pastikan kalau kena tukar metro sila follow sign 'Connection' untuk ke metro yang seterusnya. Kalau nak keluar baru follow sign 'Sortie". Once dah keluar dan nak masuk metro balik kena pakai ticket baru. Tapi kalau connection tak perlukan ticket lagi. Please alert dengan setiap information sign tau.

Sortie, sortie, sortie jum keluar

Satu lagi tips, kena tau jugak line mana kita nak pergi (biasanya station terakhir line tu). Sebab kadang-kadang nombor metro dah betul tapi confuse sebab ada 2 line.huhu

Alhamdulillah perjalanan naik metro berjalan lancar, kami sampai kat Trocadero dalam pukul 11am. OK daripada sini follow je orang ramai. Semua mesti nak pergi Eiffel.hihi. Boleh jugak dongak cari Eiffel kalau takut sesat. Jalan sikit akan sampai ke Palais de Chaillot. Time ni dah nampak Eiffel dah.

Perasaan pertama tengok Eiffel? Wow, we're in PARIS! Tapi lepastu rasa macam menyampah pulak sebab ramai sangat orang, just nak tengok binaaan besi tu.haha. Time tu dah lah tengah panas, susah nak ambil gambar kalau pakai camera phone. Kalau nak tengok Eiffel tower daripada Trocadero saya cadangkan datang pada waktu petang. Sebab waktu pagi tak cantik nak ambil gambar sebab melawan cahaya matahari.

Tak dapat nak ambil center sebab ramai sangat orang

Tengok budak kecik ni, tido lagi!huuuu

Gambar gelap sebab melawan cahaya.huhu

Turun je tangga lalu kawasan garden, Jardins du Trocadero. Very nice view. Kat sini juga banyak patung-patung yang kurang bermoral, jangan pandang ye :p

Pandangan daripada bawah Palais de Chaillot

Lalu jambatan untuk ke Eiffel Tower

Pandangan daripada atas jambatan - Seine River Cruise

Close up, Eiffel Tower

Wefie di bawah Eiffel!

The other side of Eiffel..nampak kan Palais de Chaillot kat hujung tu

Husna masih sleep..:(

The other side of Eiffel Tower ni pulak kawasan Champs de Mars. Biasa orang akan ambil metro direct ke sini. Cantik jugak view daripada sini untuk ambil gambar terutamanya waktu pagi atau tengahari sebab tak melawan cahaya. Ramai orang duduk lepak dan juga baring kat tengah padang :p

Lepas seberang Eiffel Tower tu terus nampak puluhan malah ratusan mungkin orang beratur nak naik atas. Boleh naik tangga atau lif. Lif pun ada yang sampai atas atau separuh jalan. Semua ni boleh cek kat website Eiffel http://www.toureiffel.paris/en. Kami tak naik pun dan tak sanggup nak q. Bak kata Hb saya bukannya boleh nampak Eiffel Tower daripada atas tu.hahaha, fair point!


Ni baru suku q, sebenarnya panjang lagi

Oleh kerana Husna tak bangun-bangun jugak, kami decide untuk kejut dia. Takut dah besar nanti dia tengok gambar pastu sedih cakap nape tak kejut kita?!huhu

Muka monyok sebab tido kena kacau

Dah happy lepas kasi upah susu

Husna with Eiffel

Nah tudiaaa ayah..susah tau nak dapatkan gambar cantik2 ni..hihi

Ayah with Husna pulak posing
The 3 of us <3

Last peek of the tower..bye-bye Eiffel!

Lepas puas bergambar dengan Eiffel dan make sure takde penyesalan dalam hati, kami pun move ke next place. Walaupun sebenarnya kami dah waaaay behind daripada plan asal. 



Assalamualaikum....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...