Wednesday 13 May 2015

Bercuti ke Paris - Gare du Nord

Assalamualaikum...

Ahha habis dah percutian ke Amsterdam. Mula-mula plan memang nak pergi Amsterdam sahaja tapi tetiba Ryanair ada buat promo pulak ke Paris, £25 return! Nak nak date yang promo tu pun kena dengan timing kitorang nak ke Amsterdam. Jadi decide singgah Paris from Amsterdam untuk dapatkan ticket promo one way ke Manchester from Paris.

Walaupun kami dapat flight murah Paris-Manchester tapi train ke Paris from Amsterdam tu lebih mahal dari harga flight.huhuu double kot! Mungkin sebab kami book last minute jugak, kalau book awal sebenarnya murah lagi. So kami decide nak buat day trip je so jimat kat penginapan. Lagipun sebenarnya kami tak tahu apa yang best kat Paris selain nak pergi Eiffel Tower je.huhu. Tapi bila dah kaji sebenarnya banyak jugak tempat menarik kat Paris.

So perjalanan kami bermula 5:45am daripada hotel (time ni dah terang macam pukul 7!) ke Amsterdam Centraal untuk catch early train to Paris, pukul 6:17am. Sampai awal terus beli roti dan air mineral kat kedai albert heijn (supermarket yang banyak kat sini, macam tesco la).

Keluar je daripada supermarket dah pukul 6:15am. Apa lagi berlari lah kami ke platform 8. Dan dan kami masuk tepat pukul 6:18am pintu train tutup dan terus jalan. Saling berpandangan jugaklah kami suami isteri. Pandangan lega nasib baik sempat.hihi

Dalam train, Husna masih pakai baju tidur :D

Sepanjang 3 jam lebih perjalanan tu macam-macam jugaklah yang nak dibuat, tau-tau je dah nak sampai. Breakfast roti beli tadi, bagi makan Husna (bawa bekal biskut & pisang), tukar baju Husna, Husna poo :D

Kami juga sempat jalan ke Thalys bar iaitu coach tengah2 train yang ada jual snack, drinks dan juga public transport tickets. Kami ke sini untuk beli Paris metro ticket. Harga sama macam beli kat Paris, 1.70 cuma kalau beli siap-siap ni tak perlu bersesak-sesak nanti dengan bawak baby.

Tapi kat sini tak jual carnet ticket (set of 10) tau. Jual sekeping2 je. Kalau nak beli 10 keping harga tetap sama €1.70/ ticket. Kami tak perlukan banyak pun sebab plan nak banyak jalan kaki je menyusuri Seine River..romantis gittu :p

Sampai je di Gare du Nord iaitu train station kat Paris, kami terus cepat-cepat cari jalan keluar. Sebelum ni kami baca review yang station ni kurang selamat sikit banyak pick pocket dan orang mintak sign petisyen lah mintak duit lah macam-macam. Jadi sebabtu jugak lah kami beli ticket metro kat train tadi siap-siap.huuu.. Jimat masa pun iya jugak kan?

Sampai sudah kita..

Train merah/grey ni lah yamg kami naik tadi

Nampak tu, ibu jalan laju kat depan sebab takut kena tahan dengan scammer.kihkih

Keluar je dari Gare du Nord tu kami terus ronda-ronda nak cari tempat makan. Nampak kedai makan halal bawah Mercure Hotel baru nak bukak. Tengok harga boleh tahan jugak, kami order Nasi Kebab & Lamb chop dengan nasi.hihi nak nasi jugak. Tapi sebenarnya bukanlah nasi cuma cous-cous. Kecewa jugak tapi layan je lah.

Kat kedai makan ni kami jumpa suami isteri daripada Malaysia dengan 2 orang anak perempuannya yang comel. Sembang-sembang dengan dorang rupanya dorang baru je terkena dengan scammer kat Gare du Nord tadi. Dorang kena sign petisyen pastu kena bayar dalam 10. Kalau tak bayar kena marah pulak. Kena hati kering sikit kat sini.

Uhuuu..lagi lah takut saya dengar terus suruh Hb jaga dompet jaga beg sembunyikan duit betul-betul dan tak payah layan kalau orang panggil.uhuk. Tak selamat betul lah Paris ni.

Selesai makan, kami nak bayar rupa-rupanya family tadi dah tolong bayarkan. Alhamdulillah, terima kasih ye, moga murah rezeki abang & kak sekeluarga :D

Keluar je dari kedai makan tu terus je nampak terowong nak ke station metro. Alhamdulillah tak payah jalan jauh :).

Paris Metro ni underground ye. Jadi kalau nak cari station tengok tanda M besar atau Metropolitain kebanyakannya macam terowong ke bawah. Tak sempat pulak ambil gambar tapi boleh google. Metro kat sini sangat banyak line (pakai nombor je) dan agak berselirat. Kalau boleh sebelum pergi tu dah study siap-siap.

Saya cadangkan sila install apps Paris Metro RATP dalam smartphone korang sebelum pergi. Boleh study dulu & boleh juga digunakan kalau tetiba lost or ubah plan (macam kami.haha). Apps ni tanpa internet pun masih boleh function.

Orait semua dah ready? Jom ikut kami tour Paris, the city of love in just ONE day! :))


Assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...