Tuesday 12 May 2015

Amsterdam Part 3 - Zaanse Schans

Assalamualaikum...

Zaanse Schans, tempat wajib singgah kalau datang Amsterdam. I really really really love this place. Keukenhof pun jatuh nombor 2, erk! Keukenhof nombor 1 kalau kategori taman.hahha! Apa yang ada kat Zaanse Schans ni?

Belanja 1 gambar dulu, amacam?

Subhanallah sangat cantik macam lukisan je. Zaanse Schans ni terletak jauh sikit dari bandar Amsterdam. Tempat ni adalah perkampungan kecil yang jadi tumpuan pelancong sebab windmills nya. Ada jugak tempat pembuatan terompah, keju dan pelbagai kraf lain memang khas untuk pelancong.

Dari Amsterdam Centraal kami naik train ke Alkmaar/ Uitgeest dan turun di station Koog Zaandijk. Kemudian jalan kaki ikut je signboard ke Zaanse Schans sampai jumpa windmill yang besar (cantik sangat!) dan Juliana Bridge. Sepanjang jalan memang ada bau pelik puas kami fikir rupanya bau koko sebab ada kilang koko berdekatan.  


Dalam perjalanan jumpa map dispenser ni. FREE map Zaanse Schans

Juliana Bridge yang boleh terangkat kalau kapal layar lalu

Kami memang plan nak pergi petang sebab nak elak crowd macam kat Keukenhof. Sesak sangat pun tak best kan? Last-last sampai sana memang petang betul, pukul 6.00pm jadi semua tempat pun dah tutup.hahaha

Tapi takpa lah sebab tujuan utama memang nak ambil gambar & menghayati keindahan kat sini je. Sangat tenang tanpa gangguan orang lalu lalang. Jadi kami tak masuklah ke muzium, tempat pembuatan keju, terompah dsb. Jadi jangan tanya banyak.hahha!

OK jum kita view gambar-gambar kat sini pulak ya ;)

Jatuh hati dengan windmill ni

Ada pulak pulau kat tengah :D

Kebanyakan bangunan dicat hijau tua/ hitam

Taktau lah bangunan apa sebab semua dah tutup time ni

Cantik, cantik, cantik!
Husna tido sepanjang kat sini..langsung tak terjaga.huuu rugi2

Ada jugak jumpa orang mintak tolong snap pic bertiga :)

Kambing dah nak balik rebannnn

Reban kambing pon cantik! :D

Ibu terpaksa ganti Husna jadi model pulak.haha

Selamat tinggal windmill, selamat tinggal Zaanse Schans

Uhuu dekat pukul 8:00pm barulah kami gerak balik. Tapi waktu ni nak dekat summer so masih cerah lagi sebab siang lagi panjang daripada malam. Sayang nak tinggalkan tempat ni, rasa macam nak stay lagi tunggu Husna bangun tidur dan nak angkat dia duduk depan windmill tapi tidur lena pulak dia.huuu nanti kita datang lagi please ayahhhhhh!

Tengok ayah Husna dah ajak balikkkkk.. :'(

Perjalanan balik pun akan lalu ditempat yang sama macam pergi tadi, dan kami pun naik train semula ke Amsterdam Centraal.

Sampai je Centraal, Husna nak mengamuk dah. Kesian dia penat kot satu hari suntuk dalam sling je. Ibu & ayah pun sebenarnya dah tak larat..lepas dinner nasi kebab kat Damrak kami terus balik Hotel. Seronoknya jumpa katil dah.huhu


Assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...