Tuesday 9 December 2014

Kelahiran Husna Part 3

Assalamualaikum....

15/07/2014
OK lah final part setelah berapa lama terbengkalai cite ni.heee. Akhirnya...terpaksa cser jugak lah hai. Mungkin ada hikmah di atas suratannya. Lagipun baby dah lama sangat macam tak sabar nak keluar tapi tersangkut pulak kepala ya..cian anak ibu ni tau.

Lepas percubaan beberapa kali Dr nak betulkan kedudukan baby tak berjaya saya pun disiap sediakan ke bilik bedah. Masa tu tak silap pukul 11.50pm. Haritu 17 Ramadhan, hari Nuzul Quran, saya kira2 baby nak lahir time tu tapi nampaknya tak sempat. Husna lahir pada 18 Ramadhan. Dan malam tu jugak tepat Husna 33 weeks. Memang dia pilih nak keluar time ni kot.

Semasa saya disorong ke bilik bedah tu lah baru saya start contraction yang amat sangat. Rasa menggigil seluruh badan. Memang tak tahan sangat sampai pakar bius tanya saya macam2 pun saya tak jawap. Tengah sakit kot! last2 pakar bius tu (tak silap saya chinese girl) usap2 kepala saya cakap sabar..sabar...hehe baik betul. Lepas dah bius tu baru lah tak terasa sakit contraction dah.

16/07/2014
Tepat jam 1:07am lahirlah anak ibu Ain Husna Ainol Azim. Sebelum tu paediatrician semua dah tunggu siap dengan ventilator (untuk bantu baby bernafas) sebab baby baru 33 weeks kan. Lepas lahir terus baby dibawa pergi ke SCN (Special care unit) duduk dalam incubator.

Sepanjang dalam bilik bedah tu saya macam tak ingat apa2 walaupun dibius separuh badan. Saya suspek macam tertidur dalam tu sebab tau2 je dengar baby nangis dan lepas tu ada beberapa orang kejut saya dan saya terjaga dalam keadaan sangat sejuk dan menggigil. Hati rasa sedih dan kecewa sebab belum dapat tengok muka baby lagi. Skin to skin pun tak sempat :'( Saya pun tak dibenarkan bergerak. Hmmm kalau boleh takmau bersalin cser lagi lepasni. InsyaAllah.

Tapi alhamdulillah Husna lahir dalam keadaan sihat sempurna walaupun tak cukup bulan & lebih 24 jam dalam labor room. Kuat sangat anak ibu ni walaupun dari awal pregnancy macam2 dugaannya. Suara Husna nangis pun kuat! Dengar dari luar, kata ayah :p

Keluar dari Dewan Bedah jumpa hb kat depan pintu dia tunjuk gambar baby je. So small! 2.10 kg je. Tak dapat bayang time tu kecik cemana. Rasa macam nak tengok baby & peluk kuat2 mesti baby takut kan sorang2 dalam wad. Tapi saya tak dibenarkan gerak angkat kepala pun selama 6 jam. So saya tidur sepanjang malam tu.

Pukul 9.30 pagi Hb datang. Tak sabar rasa nak tengok baby. Tapi misi suruh berlatih jalan pergi toilet dulu. Pelik jugak saya nak kena berlatih bagai. Saya cuba bangun, subhanallah memang sakit! Time tu memang sakit sangat rasanya tapi sekarang dah tak ingat.huhu. Hb tolong papah pergi bilik air sambil berlatih jalan perlahan2.

Lepas lunch baru dapat tengok Husna. Excited sangat saya nampak Husna dalam incubator time tu tengah tidur, nampak kecik & fragile. Nak pegang pun risau sebab banyak sangat wayar2. Cian sangat anak ibu ni. Dekat SCN ni tak boleh ambil gambar. Tapi malam semalam Hb dapat curi2 ambil video. Ada jugak kenangan Husna dalam wad.



Lepas 4 hari dalam SCN akhirnya Husna boleh keluar jugak. Bermulalah kehidupan kami sebagai first time ibu & ayah...

OK Habis dah! ;)

Assalamualaikummm...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...