Wednesday 20 May 2015

Paris Part 4: Musee du Lourve & Beauvais Airport

Assalamualaikum...

Last entry untuk Paris. Walaupun cuma 1 hari kat Paris tapi banyak pulak nak update.huhu..Ni pun banyak tempat yang tak sempat pergi. Kalau pergi semua agak-agak ada berapa banyak story daaa.

So kami decide naik metro terus ke the Lourve. Katanya ni tempat wajib pergi kat Paris, the most famous museum in the world yang menempatkan potret Monalisa. Malas pulak nak masuk muzium2 ni lagipun kami ni bukanlah pencinta seni. Just nak tengok bangunan2 yang unik je. Ok, kat bawah ni gambar-gambar Lourve.

Panorama 360 degree the Lourve

Besar tau muzium ni..kalau masuk dalam ni mau 1 hari pun tak habis

Antara lokasi film The Da Vinci Code


Intai bawah pyramid nampak ramai orang dalam museum 
Kedai souvenir pun kami tak masuk..

Front view, the whole museum..besar kan?

Kat sini kami nak santai-santai je jadi duduk je lah tengok gelagat orang. Sempat pulak bagi Husna makan sambil menyaksikan pemandangan indah tapi tetap jugak makan tak habis budak kecik ni. Minum pun susah :'(


Husna baru nak makan..

Lepas makan dan lepak-lepak kami pun menuju ke destinasi seterusnya, Tuileries iaitu taman bersebelahan dengan the Lourve. Besar taman ni tak habis explore pun.

Pintu masuk taman..
In between Lourve dengan Tuleries ni ada klon Arch de Triomphe. Sepatutnya memang plan nak ke sana jugak tapi tak sempat, dapat tengok yang kecik je pun jadikla. Tak larat kot nak mendaki tangga. Sepanjang kat sini dah berapa kalori agaknya terbakar sebab banyak sangat jalan. Ai...makin kuruslah kami.

Arch de triomphe versi pendek

Kebanyakan gambar kat sini nampak gelap dan mendung sebab pencahayaan yang tak berapa baik. Panas sangat time ni dan gambar melawan cahaya. Nampaknya kena beli DSLR satu pasni :p Ni gambar-gambar kat taman yang sempat di snap.

Taman ni besar dan memanjang

Ramai orang berjemur depan fountain ni

Tengok muka memasing dah penat, Husna pun sambung tido lagi

Oleh kerana memasing dah malas nak jalan kami decide nak terus ke airport je tunggu kat sana. Lagipun nak ke airport kena ambil shuttle bus harga 15.90€ per person. Nasib baik metro terdekat ada kat Tuileries, so jalan sikit je naik Metro 1.

On the way ke Metro station nampak pokok-pokok ni cantikkan?

Ahha dekat sebelah metro tu ada toilet! Hihi percutian kali ini asyik mencari toilet

Kami turun kat Porte Maillot untuk naik shuttle bus ke Beauvais Airport. Dah beli siap-siap tiket bus secara online tapi kalau tak beli lagi ada kaunter kat situ dan bas pun sangat banyak dan sangat kerap so jangan risau tak dapat tiket. 


Peta from metro ke Bus terminal

Perjalanan dalam bas makan masa 2 jam jugak jadi plan well ok supaya tak tertinggal flight. Kami pun sipi-sipi je. Sampai airport change nappy Husna, solat pastu terus ke balai berlepas sebab beratur sangat panjang untuk cek imegresen. Airport ni kecik je bukan main airport jadi memang sesak dan kelam kabut sikit. Nasib baik bawak Husna jadi boleh terus lompat ke priority lane.

Tapi sebab dah ramai sangat orang time tu dan flight ke Manchester pun dah nak berlepas, so semua yang naik flight ke Manchester terus masuk priority lane =.=. Time tu dah la hujan lebat, nak naik plane pulak kena beratur depan pintu (macam airasia). So kami jadi orang terakhir yang naik sebab takmau husna basah kena hujan time beratur.

And masa nak tunggu ni lah Husna mengamuk menangis tak berhenti. Kesian di da penat sangat la tu..1 hari tak jumpa katil, asyik duduk dalam sling uhuuu :'(

Cantikkan snap pic ni masa dalam flight, pertembungan malam dan senja

Serik rasa ambil flight malam ni..kalau ada anak kecik elakkan lah. Even flight kami ni baru pukul 8.00pm tapi sebab tu time tidur dia kan. Dan kalau boleh elakkan buat day trip kalau bawak baby.huuuu lessons learned.

Nasib baik dalam flight dia boleh sleep. Sampai Manchester kena ambil train ke sheffield lagi. Sampai rumah dekat tengah malam terus basuh kaki tidur. Happynya jumpa katil!



Assalamualaikum...



Saturday 16 May 2015

Paris Part 3 : Notre Dame

Assalamualaikum...

Sambungan daripada jalan-jalan Paris..last entry maybe. Tak banyak tempat kami singgah di Paris sebab lepak lama kat Eiffel. Lagi satu banyak habiskan masa cari toilet je.huhu.. Ni lah yang tak best pasal Paris, susah nak jumpa toilet. Kalau jumpa pun beratur sikit punya panjang!

So daripada Eiffel kami naik RER kat Champs de Mars pulak. On the way nak ke station ni ada jumpa toilet tapi oleh sebab q sangat panjang, hajat di hati pun kami simpan dulu. Sampai kat St Michel Notre Dame, banyak pulak exitnya taktau sepatutnya keluar kat mana kami main belasah je. Pusing-pusing jugak lah nak cari Notre Dame ni. Bila tanya orang kebanyakannya tak tau sebab dorang pun tourist jugak.huhu

Akhirnya sampai jugak kami kat Notre Dame. Orang sangat-sangat ramai beratur nak masuk dalam gereja. Toilet yang dekat depan Notre Dame tu tengah under renovation pulak.huhu.. Sempat ambil gambar sikit-sikit je sebab time ni fokus nak cari toilet.huhu. Jadi tak sempat pulak nak menghayati tempat Quasimodo, the hunchback of Notre Dame ni.huhu

Cantik kan senibina dia..tapi banyak patung-patung kat dinding

Ni pintu masuk, ramai beratur

Zoomed in untuk lebih detail

Yang ni dari tepi pulak
Dah! tu je?! takda pulak ambil gambar kami dengan bangunan ni.huhu..Semua gambar ni pun Hb saya yang snap. Dekat my phone langsung takda.haha..nak cari toilet punya pasal.. Last-last kami tanya dekat sekumpulan tentera yang tengah bawak senapang besar-besar.haha kami fikir dah tentulah dorang ni local, mesti tau toilet kat mana kan?hihi

Orait rupanya ada satu lagi public toilet area belakang Notre Dame. Dia bagi direction sikit punya detail, alhamdulillah.. Jadi ilmu ni saya perturunkan kat sini kot-kot berguna untuk semua yang sedang membaca.haha.. 

Daripada depan Notre Dame tu jalan ke kiri (kalau muka menghadap Notre Dame) kemudian belok kanan lalu tepi Notre Dame sampai hujung bangunan macam dalam gambar atas ni. Jalan terus tau jangan putus asa. Tentera tadi cakap dalam 200m tapi Hb saya cakap ni lebih dah.huhu.. Saya tak tau meter2 ni..jalan je terus ok pastu nampak pagar belah kanan masuk terus jumpa toilet. Yeay!

Nampak tak pagar hitam tu? Masuk kat sini ye

Tu dia toilet, tak ramai orang kat sini

Sementara tunggu Hb pulak pergi toilet lepak kat sini

OK lega dah!hihi..time tengah lepak-lepak duduk kat sini lah baru perasan bibir husna berdarah sebab kering sangat.uhuk. Mungkin sebab sepanjang travel ni memang dia kurang nak makan & minum..susu pun sikit :(. Nak nangis rasa. Pastu mula dah takda mood nak jalan rasa nak cepat-cepat balik je. Kesian kat anak.

Actually kalau ikut plan banyak lagi tempat nak pergi tapi kami nak buat slow & steady je. Priority sekarang adalah Husna. Time ni dia sleep lagi, nak bagi makan sebenarnya. Jadi kami lepak je kat sini sambil bincang plan baru.huhu. Lama tunggu Husna tak bangun jugak so kami decide terus ke the Lourve.

Nasib baik dah install apps RATP kat phone so boleh cek laluan metro ke Lourve :)



Assalamualaikum...





Friday 15 May 2015

Paris Part 2 - Eiffel Tower

Assalamualaikum....

Jum kita sambung jalan kat Paris ya. Destinasi pertama kami adalah Eiffel Tower. Biasanya untuk ke Eiffel Tower boleh stop kat Champs de Mars. Tapi kami baca beberapa review yang view Eiffel daripada Trocadero lagi cantik dan boleh ambil gambar Eiffel yang center daripada sini.

So daripada Gare du  Nord kami ambil metro M4 dan tukar M9 di Strasbourg - Saint - Denis dan turun di Trocadero. Semua ni ada kat website RATP tu, senang je kalau dah tau station mana kita nak pergi. Kalau tengok peta memang pening sebab berselirat sana sini.

Wefie dalam metro

Haa..pastikan kalau kena tukar metro sila follow sign 'Connection' untuk ke metro yang seterusnya. Kalau nak keluar baru follow sign 'Sortie". Once dah keluar dan nak masuk metro balik kena pakai ticket baru. Tapi kalau connection tak perlukan ticket lagi. Please alert dengan setiap information sign tau.

Sortie, sortie, sortie jum keluar

Satu lagi tips, kena tau jugak line mana kita nak pergi (biasanya station terakhir line tu). Sebab kadang-kadang nombor metro dah betul tapi confuse sebab ada 2 line.huhu

Alhamdulillah perjalanan naik metro berjalan lancar, kami sampai kat Trocadero dalam pukul 11am. OK daripada sini follow je orang ramai. Semua mesti nak pergi Eiffel.hihi. Boleh jugak dongak cari Eiffel kalau takut sesat. Jalan sikit akan sampai ke Palais de Chaillot. Time ni dah nampak Eiffel dah.

Perasaan pertama tengok Eiffel? Wow, we're in PARIS! Tapi lepastu rasa macam menyampah pulak sebab ramai sangat orang, just nak tengok binaaan besi tu.haha. Time tu dah lah tengah panas, susah nak ambil gambar kalau pakai camera phone. Kalau nak tengok Eiffel tower daripada Trocadero saya cadangkan datang pada waktu petang. Sebab waktu pagi tak cantik nak ambil gambar sebab melawan cahaya matahari.

Tak dapat nak ambil center sebab ramai sangat orang

Tengok budak kecik ni, tido lagi!huuuu

Gambar gelap sebab melawan cahaya.huhu

Turun je tangga lalu kawasan garden, Jardins du Trocadero. Very nice view. Kat sini juga banyak patung-patung yang kurang bermoral, jangan pandang ye :p

Pandangan daripada bawah Palais de Chaillot

Lalu jambatan untuk ke Eiffel Tower

Pandangan daripada atas jambatan - Seine River Cruise

Close up, Eiffel Tower

Wefie di bawah Eiffel!

The other side of Eiffel..nampak kan Palais de Chaillot kat hujung tu

Husna masih sleep..:(

The other side of Eiffel Tower ni pulak kawasan Champs de Mars. Biasa orang akan ambil metro direct ke sini. Cantik jugak view daripada sini untuk ambil gambar terutamanya waktu pagi atau tengahari sebab tak melawan cahaya. Ramai orang duduk lepak dan juga baring kat tengah padang :p

Lepas seberang Eiffel Tower tu terus nampak puluhan malah ratusan mungkin orang beratur nak naik atas. Boleh naik tangga atau lif. Lif pun ada yang sampai atas atau separuh jalan. Semua ni boleh cek kat website Eiffel http://www.toureiffel.paris/en. Kami tak naik pun dan tak sanggup nak q. Bak kata Hb saya bukannya boleh nampak Eiffel Tower daripada atas tu.hahaha, fair point!


Ni baru suku q, sebenarnya panjang lagi

Oleh kerana Husna tak bangun-bangun jugak, kami decide untuk kejut dia. Takut dah besar nanti dia tengok gambar pastu sedih cakap nape tak kejut kita?!huhu

Muka monyok sebab tido kena kacau

Dah happy lepas kasi upah susu

Husna with Eiffel

Nah tudiaaa ayah..susah tau nak dapatkan gambar cantik2 ni..hihi

Ayah with Husna pulak posing
The 3 of us <3

Last peek of the tower..bye-bye Eiffel!

Lepas puas bergambar dengan Eiffel dan make sure takde penyesalan dalam hati, kami pun move ke next place. Walaupun sebenarnya kami dah waaaay behind daripada plan asal. 



Assalamualaikum....




Wednesday 13 May 2015

Bercuti ke Paris - Gare du Nord

Assalamualaikum...

Ahha habis dah percutian ke Amsterdam. Mula-mula plan memang nak pergi Amsterdam sahaja tapi tetiba Ryanair ada buat promo pulak ke Paris, £25 return! Nak nak date yang promo tu pun kena dengan timing kitorang nak ke Amsterdam. Jadi decide singgah Paris from Amsterdam untuk dapatkan ticket promo one way ke Manchester from Paris.

Walaupun kami dapat flight murah Paris-Manchester tapi train ke Paris from Amsterdam tu lebih mahal dari harga flight.huhuu double kot! Mungkin sebab kami book last minute jugak, kalau book awal sebenarnya murah lagi. So kami decide nak buat day trip je so jimat kat penginapan. Lagipun sebenarnya kami tak tahu apa yang best kat Paris selain nak pergi Eiffel Tower je.huhu. Tapi bila dah kaji sebenarnya banyak jugak tempat menarik kat Paris.

So perjalanan kami bermula 5:45am daripada hotel (time ni dah terang macam pukul 7!) ke Amsterdam Centraal untuk catch early train to Paris, pukul 6:17am. Sampai awal terus beli roti dan air mineral kat kedai albert heijn (supermarket yang banyak kat sini, macam tesco la).

Keluar je daripada supermarket dah pukul 6:15am. Apa lagi berlari lah kami ke platform 8. Dan dan kami masuk tepat pukul 6:18am pintu train tutup dan terus jalan. Saling berpandangan jugaklah kami suami isteri. Pandangan lega nasib baik sempat.hihi

Dalam train, Husna masih pakai baju tidur :D

Sepanjang 3 jam lebih perjalanan tu macam-macam jugaklah yang nak dibuat, tau-tau je dah nak sampai. Breakfast roti beli tadi, bagi makan Husna (bawa bekal biskut & pisang), tukar baju Husna, Husna poo :D

Kami juga sempat jalan ke Thalys bar iaitu coach tengah2 train yang ada jual snack, drinks dan juga public transport tickets. Kami ke sini untuk beli Paris metro ticket. Harga sama macam beli kat Paris, 1.70 cuma kalau beli siap-siap ni tak perlu bersesak-sesak nanti dengan bawak baby.

Tapi kat sini tak jual carnet ticket (set of 10) tau. Jual sekeping2 je. Kalau nak beli 10 keping harga tetap sama €1.70/ ticket. Kami tak perlukan banyak pun sebab plan nak banyak jalan kaki je menyusuri Seine River..romantis gittu :p

Sampai je di Gare du Nord iaitu train station kat Paris, kami terus cepat-cepat cari jalan keluar. Sebelum ni kami baca review yang station ni kurang selamat sikit banyak pick pocket dan orang mintak sign petisyen lah mintak duit lah macam-macam. Jadi sebabtu jugak lah kami beli ticket metro kat train tadi siap-siap.huuu.. Jimat masa pun iya jugak kan?

Sampai sudah kita..

Train merah/grey ni lah yamg kami naik tadi

Nampak tu, ibu jalan laju kat depan sebab takut kena tahan dengan scammer.kihkih

Keluar je dari Gare du Nord tu kami terus ronda-ronda nak cari tempat makan. Nampak kedai makan halal bawah Mercure Hotel baru nak bukak. Tengok harga boleh tahan jugak, kami order Nasi Kebab & Lamb chop dengan nasi.hihi nak nasi jugak. Tapi sebenarnya bukanlah nasi cuma cous-cous. Kecewa jugak tapi layan je lah.

Kat kedai makan ni kami jumpa suami isteri daripada Malaysia dengan 2 orang anak perempuannya yang comel. Sembang-sembang dengan dorang rupanya dorang baru je terkena dengan scammer kat Gare du Nord tadi. Dorang kena sign petisyen pastu kena bayar dalam 10. Kalau tak bayar kena marah pulak. Kena hati kering sikit kat sini.

Uhuuu..lagi lah takut saya dengar terus suruh Hb jaga dompet jaga beg sembunyikan duit betul-betul dan tak payah layan kalau orang panggil.uhuk. Tak selamat betul lah Paris ni.

Selesai makan, kami nak bayar rupa-rupanya family tadi dah tolong bayarkan. Alhamdulillah, terima kasih ye, moga murah rezeki abang & kak sekeluarga :D

Keluar je dari kedai makan tu terus je nampak terowong nak ke station metro. Alhamdulillah tak payah jalan jauh :).

Paris Metro ni underground ye. Jadi kalau nak cari station tengok tanda M besar atau Metropolitain kebanyakannya macam terowong ke bawah. Tak sempat pulak ambil gambar tapi boleh google. Metro kat sini sangat banyak line (pakai nombor je) dan agak berselirat. Kalau boleh sebelum pergi tu dah study siap-siap.

Saya cadangkan sila install apps Paris Metro RATP dalam smartphone korang sebelum pergi. Boleh study dulu & boleh juga digunakan kalau tetiba lost or ubah plan (macam kami.haha). Apps ni tanpa internet pun masih boleh function.

Orait semua dah ready? Jom ikut kami tour Paris, the city of love in just ONE day! :))


Assalamualaikum...


Tuesday 12 May 2015

Amsterdam Part 3 - Zaanse Schans

Assalamualaikum...

Zaanse Schans, tempat wajib singgah kalau datang Amsterdam. I really really really love this place. Keukenhof pun jatuh nombor 2, erk! Keukenhof nombor 1 kalau kategori taman.hahha! Apa yang ada kat Zaanse Schans ni?

Belanja 1 gambar dulu, amacam?

Subhanallah sangat cantik macam lukisan je. Zaanse Schans ni terletak jauh sikit dari bandar Amsterdam. Tempat ni adalah perkampungan kecil yang jadi tumpuan pelancong sebab windmills nya. Ada jugak tempat pembuatan terompah, keju dan pelbagai kraf lain memang khas untuk pelancong.

Dari Amsterdam Centraal kami naik train ke Alkmaar/ Uitgeest dan turun di station Koog Zaandijk. Kemudian jalan kaki ikut je signboard ke Zaanse Schans sampai jumpa windmill yang besar (cantik sangat!) dan Juliana Bridge. Sepanjang jalan memang ada bau pelik puas kami fikir rupanya bau koko sebab ada kilang koko berdekatan.  


Dalam perjalanan jumpa map dispenser ni. FREE map Zaanse Schans

Juliana Bridge yang boleh terangkat kalau kapal layar lalu

Kami memang plan nak pergi petang sebab nak elak crowd macam kat Keukenhof. Sesak sangat pun tak best kan? Last-last sampai sana memang petang betul, pukul 6.00pm jadi semua tempat pun dah tutup.hahaha

Tapi takpa lah sebab tujuan utama memang nak ambil gambar & menghayati keindahan kat sini je. Sangat tenang tanpa gangguan orang lalu lalang. Jadi kami tak masuklah ke muzium, tempat pembuatan keju, terompah dsb. Jadi jangan tanya banyak.hahha!

OK jum kita view gambar-gambar kat sini pulak ya ;)

Jatuh hati dengan windmill ni

Ada pulak pulau kat tengah :D

Kebanyakan bangunan dicat hijau tua/ hitam

Taktau lah bangunan apa sebab semua dah tutup time ni

Cantik, cantik, cantik!
Husna tido sepanjang kat sini..langsung tak terjaga.huuu rugi2

Ada jugak jumpa orang mintak tolong snap pic bertiga :)

Kambing dah nak balik rebannnn

Reban kambing pon cantik! :D

Ibu terpaksa ganti Husna jadi model pulak.haha

Selamat tinggal windmill, selamat tinggal Zaanse Schans

Uhuu dekat pukul 8:00pm barulah kami gerak balik. Tapi waktu ni nak dekat summer so masih cerah lagi sebab siang lagi panjang daripada malam. Sayang nak tinggalkan tempat ni, rasa macam nak stay lagi tunggu Husna bangun tidur dan nak angkat dia duduk depan windmill tapi tidur lena pulak dia.huuu nanti kita datang lagi please ayahhhhhh!

Tengok ayah Husna dah ajak balikkkkk.. :'(

Perjalanan balik pun akan lalu ditempat yang sama macam pergi tadi, dan kami pun naik train semula ke Amsterdam Centraal.

Sampai je Centraal, Husna nak mengamuk dah. Kesian dia penat kot satu hari suntuk dalam sling je. Ibu & ayah pun sebenarnya dah tak larat..lepas dinner nasi kebab kat Damrak kami terus balik Hotel. Seronoknya jumpa katil dah.huhu


Assalamualaikum...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...