Tuesday 5 May 2015

Amsterdam Part 2 - City Centre, Floating Flower Market

Assalamualaikum...

OK sambungan dari entry yang lepas, kami kembali ke Schiphol selepas lebih 3 jam di Keukenhof. Sebab dah beli combi ticket jadi balik pun ke tempat yang sama naik shuttle bus pagi tadi. Actually plan dah sedikit lari sebab asyik sangat meneliti tulip di Keukenhof.huuu

Sampai di Schiphol beli train ticket ke Amsterdam Centraal pakai vending machine kuning yang banyak kat situ. Tapi machine ni cuma terima coins & Euro credit card sahaja. Jadi kami awal2 lagi request coins masa tukar duit Euro kat money changer Sheffield. Semuanya untuk melancarkan perjalanan dan mengurangkan pembaziran masa beratur membeli tiket di kaunter.

Train ke Amsterdam Centraal sangat lah kerap. Siap ada train double decker lagi! Tapi kami tak naik lah ke atas sebab payah nak naik tangga bagai dengan baby ni.


Sentiasa tengok signboard atas tu ye.. train via Amsterdam C, maksudnya train akan lalu Amsterdam Central.

Perjalanan ke Amsterdam Centraal dalam 15minit. Sampai je kami bergegas keluar cari hotel kami. Sepatut check-in pukul 2:00pm tapi dah terlambat pukul 3:00pm baru sampai.

Welcome to Amsterdam Centraal!

Hotel yang kami book Hotel Liberty memang dekat sangat dengan Amsterdam Centraal. Tapi kalau bawak baby atau kanak2 memang tak recommended lah sebab hotel ni smoking friendly. Dah book baru tahu.huuu.. Nak cancel tak boleh dah sebab ambil harga yang non-refundable.

Tapi view hotel ni memang sangat cantik sebab berhadapan dengan canal Singel. Hotel ni jugak adalah canal house, so kurus je nampak dari luar. Unik sangat kan?




Hotel ni jugak antara hotel terkecil kat Amsterdam dengan 5 bilik je. Kami dapat bilik tingkat 3 paling atas. Yang seramnya bila semakin tinggi, semakin curam tangga. Memang gayat kalau tak iya2. Macamni lah canal house style. Merasa jugaklah jadi orang Dutch kejap.hihi.

View dari depan hotel. Cantik2 kan canal house ni.

Sana sini jumpa basikal..antara pengangkutan utama dorang.

Selepas check-in solat semua kami pun ronda2 city. Destinasi kami adalah Floating Flower Market sebab baca review kat sini murah untuk cari souvenir. Kami jalan je sepanjang canal tu akhirnya jumpa lah market tu pun kat tepi canal Singel. Harga lebih kurang je setiap kedai..kalau rajin boleh survey satu persatu.


Dah nampak dah barisan kedai tu tepi canal

Pandangan dari belakang, nampak floating x?

Antara yang banyak dijual, benih bunga, windmills, wooden tulips

Cantik2 kan fridge magnet ni..banyak canal house

Selain daripada market ni kami lalu jugak kawasan Damrak & Dam Square. Banyak juga kedai souvenir dan harga lebih kurang sama macam Flower Market. Tak sempat ambil gambar sebab rushing nak pergi Zaanse Schans pulak. Tapi balik dari Zaanse Schans kami singgah area Damrak lagi untuk dinner sebab banyak restoran halal kat situ.

Kebanyakan tempat menarik kat sini boleh jalan kaki atau sewa basikal. Kalau yang jauh sikit boleh naik tram. Actually kami plan jugak nak ke Rijkmuseum dan tempat2 lain yang kena naik tram, tapi tak sempat. Public transport dorang sangat efisien kalau tengok peta. Tram pun asyik lalu je kat kiri kanan depan & belakang kita.haha hati-hati ya kadang-kadang tak perasan sebab bunyi sangat perlahan tau-tau je dah depan mata.

Kesimpulannya Amsterdam ni bagi kami sangat unik dan lain dari yang lain. Mungkin disebabkan canalnya atau basikalnya.hihi. OK kat bawah ni gambar Amsterdam pada waktu pagi. Nice!


Tu dia parking basikal sampai 2 tingkat

Tram pagi2 lagi dah beroperasi

View depan Amsterdam Centraal


Basikal lagi..

Tak sempat nak naik cruise :(

Amsterdam Centraal yang cantik di waktu pagi

OK next entry kita pergi Zaanse Schans pulak ye tengok windmills :)

Assalamualaikummm....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...