Tuesday 9 December 2014

Kelahiran Husna Part 3

Assalamualaikum....

15/07/2014
OK lah final part setelah berapa lama terbengkalai cite ni.heee. Akhirnya...terpaksa cser jugak lah hai. Mungkin ada hikmah di atas suratannya. Lagipun baby dah lama sangat macam tak sabar nak keluar tapi tersangkut pulak kepala ya..cian anak ibu ni tau.

Lepas percubaan beberapa kali Dr nak betulkan kedudukan baby tak berjaya saya pun disiap sediakan ke bilik bedah. Masa tu tak silap pukul 11.50pm. Haritu 17 Ramadhan, hari Nuzul Quran, saya kira2 baby nak lahir time tu tapi nampaknya tak sempat. Husna lahir pada 18 Ramadhan. Dan malam tu jugak tepat Husna 33 weeks. Memang dia pilih nak keluar time ni kot.

Semasa saya disorong ke bilik bedah tu lah baru saya start contraction yang amat sangat. Rasa menggigil seluruh badan. Memang tak tahan sangat sampai pakar bius tanya saya macam2 pun saya tak jawap. Tengah sakit kot! last2 pakar bius tu (tak silap saya chinese girl) usap2 kepala saya cakap sabar..sabar...hehe baik betul. Lepas dah bius tu baru lah tak terasa sakit contraction dah.

16/07/2014
Tepat jam 1:07am lahirlah anak ibu Ain Husna Ainol Azim. Sebelum tu paediatrician semua dah tunggu siap dengan ventilator (untuk bantu baby bernafas) sebab baby baru 33 weeks kan. Lepas lahir terus baby dibawa pergi ke SCN (Special care unit) duduk dalam incubator.

Sepanjang dalam bilik bedah tu saya macam tak ingat apa2 walaupun dibius separuh badan. Saya suspek macam tertidur dalam tu sebab tau2 je dengar baby nangis dan lepas tu ada beberapa orang kejut saya dan saya terjaga dalam keadaan sangat sejuk dan menggigil. Hati rasa sedih dan kecewa sebab belum dapat tengok muka baby lagi. Skin to skin pun tak sempat :'( Saya pun tak dibenarkan bergerak. Hmmm kalau boleh takmau bersalin cser lagi lepasni. InsyaAllah.

Tapi alhamdulillah Husna lahir dalam keadaan sihat sempurna walaupun tak cukup bulan & lebih 24 jam dalam labor room. Kuat sangat anak ibu ni walaupun dari awal pregnancy macam2 dugaannya. Suara Husna nangis pun kuat! Dengar dari luar, kata ayah :p

Keluar dari Dewan Bedah jumpa hb kat depan pintu dia tunjuk gambar baby je. So small! 2.10 kg je. Tak dapat bayang time tu kecik cemana. Rasa macam nak tengok baby & peluk kuat2 mesti baby takut kan sorang2 dalam wad. Tapi saya tak dibenarkan gerak angkat kepala pun selama 6 jam. So saya tidur sepanjang malam tu.

Pukul 9.30 pagi Hb datang. Tak sabar rasa nak tengok baby. Tapi misi suruh berlatih jalan pergi toilet dulu. Pelik jugak saya nak kena berlatih bagai. Saya cuba bangun, subhanallah memang sakit! Time tu memang sakit sangat rasanya tapi sekarang dah tak ingat.huhu. Hb tolong papah pergi bilik air sambil berlatih jalan perlahan2.

Lepas lunch baru dapat tengok Husna. Excited sangat saya nampak Husna dalam incubator time tu tengah tidur, nampak kecik & fragile. Nak pegang pun risau sebab banyak sangat wayar2. Cian sangat anak ibu ni. Dekat SCN ni tak boleh ambil gambar. Tapi malam semalam Hb dapat curi2 ambil video. Ada jugak kenangan Husna dalam wad.



Lepas 4 hari dalam SCN akhirnya Husna boleh keluar jugak. Bermulalah kehidupan kami sebagai first time ibu & ayah...

OK Habis dah! ;)

Assalamualaikummm...


Thursday 16 October 2014

Kelahiran Husna Part 2

Assalamualaikumm...

14/07/2014
OK! Stop pulak time saat genting ye..bersambung ke episod 2.. Setibanya di labor room (suspen kan?!) Semua pakat sibuk la pasang ecg cucuk sana sini, ada sorang HO ni dia baru start kerja beberapa hari. Sembang punya sembang skali dia salah cucuk jarum drip kat tangan saya. Banyak darah keluar sampai basah cadar tu :'(. Saya maafkan.

Saya toleh kiri kanan malam tu memang labor room agak kosong. Sementara nak tunggu bukaan tu saya teringat ilmu yang saya belajar dalam group gentle birth, kena banyakkan jalan. Tapi nurse2 situ tak bagi banyak jalan pulak. Nak pegi mana2 pun depa sorong pakai wheelchair. Mula2 tu ikut jugak cakap dorang, nak pegi toilet yang sekangkang kera pun dorang sorong jugak. Lepas 2,3 kali selamba je turun katil jalan ke toilet dan sempat pulak melawat katil2 lain :p.

Sampai pukul 1 pagi mata masih tak boleh lelap. Contraction memang langsung tak ada tapi hati rungsing teringat hb masih tunggu kat luar. Dalam hati terbayang mesti dia ingat wife dia tengah bertarung nyawa dalam labor room.kihkih. Bukan apa, selalu tengok tv kalau dah masuk labor room mesti tak lama lagi baby nak keluar. Masalahnya ni langsung tak sakit. Betulke dah 7cm ni?

15/07/2014
Akhirnya terlelap jugak entah pukul berapa. Pagi nya nurse cek graf lagi masih takda contraction. Oh FYI, kalau kes macam saya dorang takkan simply buat VE sebab takut infection pulak baby kan baru 32 weeks. Jadi semua terpulang pada saya, kalau dah betul2 sakit baru Dr datang. So sepanjang hari jugak lah saya menginap dalam labor room. Nasib baik ramai jugak staf2 kesihatan yang datang melawat termasuk matron. Sembang punya sembang akhirnya saya dapat masuk ke bilik mother care friendly.

Untuk pengetahuan semua yang belum tahu, hospital kerajaan kita kebanyakan memang dah ada bilik ni iaitu untuk low risk mother bersalin. Kat sini boleh bawak suami@ peneman, ada gym ball, sofa dll kemudahan untuk  natural inducer. Tapi saya ni kira high risk mother jadi cuma boleh menumpang guna bilik tu sahaja. Jenuh la saya duduk kat gym ball, jalan, sujud dsb.

Tapi yang best nya hb saya boleh masuk. Kesian kot semalaman dia tggu kat luar wad. Malam semalam dia cuma berbuka roti, lepastu tak sempat sahur pulak pagi tadi. Kalut sangat sebab wife dah masuk labor room :p.huuu cian ayah. Husna dah besar ingat tau susah payah ayah jugak :'(

Petang tu saya duk happy sembang2 dengan staf2 kesihatan dari klinik saya yang datang melawat... tiba2 masuk lah segala pakar2 O&G 1 rombongan. Seram sejuk pulak. Rupanya kes saya ni masuk dalam meeting dorang dan keputusannya saya perlu di induce secepat mungkin! Saya dengan gabrahnya, err sekarang ke Dr? Ya! Kata Dr pakar. Oh my! Saya tak sedia lagi...Tak sempat nak cakap apa terus swooshh dia pecahkan ketuban & masukkan drip. Alasannya adalah sebab dah leaking lebih 48jam. Seram sejuk terus saya fokus! Ok baby dah nak keluar dah ni..

Saya pun dipindahkan dalam bilik untuk bersalin. Sampai situ mulalah dengar segala jenis jeritan tangisan dsb. Cuak je rasa..dan-dan tu baru lah nak start study cara nak teran bagai. Contraction pun dah rasa sikit2. Tapi ok lagi baru selang 10min. Ramai dah duk mesej / call dsb terutamanya family kat kampung. Semua dok pakat nak datang dah.haha..masing2 mesti terkejut.

Saya siap install contraction tracker sebab nak kira contraction. Lama jugak irregular contraction, kadang2 selang 10 minit, 5 minit dan surprisingly duration nya tak panjang dalam 1,2  minit je. Nurse sampai pelik dan tambahkan lagi dos kasi induce cepat sikit. Start induce pukul 4pm, pukul 7pm tambah lagi dan start sakit panjang sikit. Time sakit tu memang sakit sangat lah tapi saya keep in mind yang ni baru sikit, lepas ni ada sakit lagi, sakit lagi (Saja nak psiko diri sendiri supaya bersedia)

Pukul 8pm Dr datang cek bukaan dah 10cm! Masa tu perasaan saya bercampur baur, terkejut. Sakit tak sangat, dah nak kena teran ke? Dr tanya dah rasa nak meneran ke? Saya kata tak rasa lagi. Tengok graf contraction pun dah tak kerap sangat. Selang 5 minit kot. Tu pun sekejap. Jadi Dr tinggalkan saya dulu tengok patient lain.

Bila bukaan dah cecah 10cm ni baru hb boleh masuk dalam labor room. Alhamdulillah takdelah boring sangat boleh sembang2. Baring sorang2 sambil dengar macam2 bunyi orang tengah bersalin ni lemah semangat jugak.huuu tapi yang paling best bila dengar tangisan pertama baby. Mesti lega je kan perasaan ibu2 ni dah lepas.hihi

Pukul 8, pukul 9, pukul 10..saya pun dah tak ingat apa yang saya buat sepanjang nak tunggu contraction tu, mengaji, selawat, sembang dengan hb.. main facebook pun sempat :P. Pukul 10 malam Dr datang tanya macamana dah ada rasa nak teran?huuu hati memang nak meneran nak kasi baby cepat keluar tapi body macam tak ready lagi sebab contraction masih belum kerap. Tapi kami decide nak give a try. Bila contraction datang saya pun cuba lah meneran sambil mempraktikkan ilmu yang belajar. Sekali teran terus nampak kepala baby.hihi sambil Dr puji pandai meneran!

Tapi teran punya teran sampai contraction dah tak ada still baby tak boleh keluar, dekat position yang sama. So Dr suspect kedudukan baby senget. So Dr try pusingkan kepala baby..tapi bila nak meneran baby pusing balik ke kedudukan asal.huuu beberapa kali juga Dr try betulkan tapi still tak boleh. Akhirnya Dr suggest ceaser sebab takut baby lemas.uhuuu ikutkan hati memang tak mau dan nak try lagi teran kuat2..last2 hb pujuk kata ceaser je.uhuk.

Bersambung ke Part 3....


Assalamualaikum...;)







Tuesday 14 October 2014

best moments ever: kelahiran husna

Assalamualaikum....

Yeahhh..akhirnya ada masa juga nak update detik-detik kelahiran Husna. Bukan apa, takut terlupa every details yang penting. Almaklum ingatan orang lepas bersalin ni lain sikit. Orang kata beberapa urat saraf putus..agak2 sebab tu orang lepas bersalin ni cepat pelupa ;). Nak2 lagi kisah kelahiran husna sangat panjang, sebab tak sangka dia nak keluar awal.

11/07/14
OK, semuanya bermula dengan filem Transformers: Age of extinction yang ditayangkan pada bulan ramadhan.heheh bukanlah sebab Megatron nak serang maka Optimus prime decepticon nak selamatkan bumi lalu menyebabkan husna nak keluar awal..tapi sebab hb saya yang mengidam nak tengok movie tu tengah2 malam. Alkisah selepas solat terawih hb kata nak pegi tengok wayang sorang2. Saya pulak tak sampai hati lah hai temankan jugak hb tengok transformers tu walaupun saya memang tak suka tengok cerita action.

Sebelum masuk wayang tu saya sempat makan aiskrim cone perisa mint, yang memang asyik habis je setiap kali kami datang. Sampai adik jual aiskrim tu dah kenal and cakap rezeki ibu mengandung harini ada aiskrim mint :p. Alhamdulillah dapat juga makan sebelum bersalin.

My feveret aiskrim - perisa mint!


Sepanjang dalam wayang tu memang hati saya tak tenteram (Saya memang takut tengok cerita action yang ada tembak2, hati kecil sangat.hihi). Baby pulak asyik tendang2 & golek2 macam tak keruan kat dalam tu terutama kalau ada adegan tembak2 dsb. Tapi saya bertahan sahaja dan pujuk baby sikit lagi sayang..sabar ye ibu ada...Nasib baik tak terberanak kat situ :p. Alhamdulillah kami sempat habiskan movie tu dan selamat sampai rumah.Lega!

12/07/14
Pagi besoknya time sahur bila bangun dari katil saya perasan macam ada air yang mengalir. Saya pasti sangat bukan air kencing, takda bau, jernih & bukan keputihan. Walaupun rasa tak sedap hati saya sambung jugak tidur lepas subuh tu. Dalam pukul 8 saya terjaga untuk ke toilet sekali lagi saya dapat rasa ada air mengalir. Kali ni lagi laju dan banyak. Saya kejutkan hb dan paksa dia pergi hospital. Instinct saya mengatakan ada yang tak kena.

Sampai di hospital terus masuk labor room.hihi bukan nak bersalin lagi tapi nak cek ja samada betul leaking. Dr tak dapat pastikan samada air ketuban sebab terlalu sedikit. Jadi saya kena tahan kat wad sebagai precaution. Sebelum check in kat wad saya solat zuhur dulu di surau hospital. Time saya sujud tu memang banyak air yang mengalir lagi. So saya terus ke labor room dan dr periksa lagi dan confirmkan memang air ketuban bocor :(

13/07/14
Jadi menginaplah saya di wad akhirnya. Ingatkan beberapa hari je sebab nurse cakap biasa kalau dah tak leaking lepas dua tiga hari boleh balik dah. Jadi segala barang baju pun bawak sikit-sikit je. Mula-mula saya dapat wad kelas biasa, tapi tengok kat GL saya layak kelas pertama so tanya lah nurse kalau ada kosong.. Untuk kakitangan kerajaan macam cikgu ke biasanya layak wad kelas 1. Kalau kita tak tanya biasanya dia letak kat kelas biasa ja. Bukan apa, kemudahan macam toilet dekat dan lebih privasi sebab 1 bilik dua orang sahaja. Jadi tak perlulah asyik nak pakai tudung 24jam bila pelawat patient lain mai (Sesetengah hospital ni bukan waktu melawat pun boleh masuk je..:(

Alhamdulillah ada kosong saya pun pindah je lah, bukan kena bayar pun :p. Tapi agak boring jugak lah sebab katil sebelah tu kosong.huhu. Ni lah yang tak best hidup merantau..keluarga, sanak saudara jauh tak dapat melawat. Hai nasibb... Memang boring duduk hospital ni.. nasib baik ada keluarga angkat & rakan2 sekerja yang datang melawat & menghibur hati.hihi. Oleh sebab katil sebelah tu kosong jadi hb saya lama jugakla melepak temankan wife :).

14/07/14
Hari Isnin. Hb dah start kerja. Sepanjang hari tu tidur je keja (Dah kata kena rehat :P). Lepas balik kerja, hb pun datang melawat sambil bawa juadah di bazar ramadhan. Makanan kat hospital ni not bad jugak. Kami makan sama2, lepastu terus pergi surau berdekatan nak solat maghrib. Time solat maghrib ni lah saya rasa air mengalir lagi. Banyak jugak. Masa nak masuk balik dalam bilik terjumpa dengan sister depan pintu wad. Dia tanya saya progression dsb. Saya rasa macam takda progression, air ketuban still keluar sikit2 sepanjang masa. Sister suggest saya buat VE.

Dengar perkataan VE pun dah seram. Jadi iya kan je kat sister tu, ok kan je.hehe. Hb pun dah siap2 nak balik rumah time tu nak mandi & rehat. Saya pun hantar dia ke muka pintu.hihi. Lepas Hb keluar dari bilik, sister datang pulak & insist suruh buat VE. OMG! Saya dengan rela dalam terpaksa pun redha je lah. Surprisingly, tak sakit sister tu buat VE.

Surprisingly jugak, sister tu jerit 7cm! OK sekarang packing segala barang terus ke Labor Room! Oh myyy terkejut sangat2 sampai tanya barang apa? Barang kelengkapan baby pampers dll! kata sister. Alamakkk! Saya belum beli..!

Bersambung ke Part 2....


Assalamualaikum...;)

Saturday 11 October 2014

Life after bersalin!

Assalamualaikumm...

Aduhaiii payah betul rupanya nak bagi full commitment dengan blog ni. Start 1st trimester je trus senyappp :p. Baby husna pun dah boleh tiarap..melampau!huhuu. Actually banyak je post yang dalam draft tu, konon banyak idea tapi kesibukan mengatasi segalanya.

Banyak benda yang jadi pada saya dalam beberapa bulan ni. Yes, life is unpredictable! I'm now in UK and finally become a housewife! Walaupun temporary housewife jek tapi still happy..cita-cita dari kecik kot!hehee.

OK! life after bersalin, totally change! 360 degree.hihi. Husna lahir premature at 33weeks. Memang tak sangka langsung dia nak keluar awal. Nanti sy buat satu entry khas tentang kelahiran husna. Banyak yang ingin dikongsikan..harap2 husna boleh baca blog ni satu hari nanti.

Hari ke-8 husna lahir, kami pindah terus ke johor. Hb dapat offer further study ke UK jadi banyak urusan yang perlu di settlekan, sangat kelam kabut. Mana nak setelkan urusan baby, uruskan perpindahan dan barang2 rumah..Time tu bulan puasa nak dekat raya, ingat lagi kami gerak petang tu dari Kulim terpaksa singgah ke Penang dulu (Hb nak setelkan kerja sket) melalui jambatan pertama & balik ke Johor terus melalui jambatan kedua. So boleh la bagitau husna nanti dia dah rasa naik jambatan pulau pinang.hihi.
 
Raya 2014 adalah raya pertama kami bersama baby Husna. Time tu Husna baru 13 hari. Sangat kecil & nampak fragile. Oh how much i miss the moments now... Banyak Husna collect duit raya.ehee walaupun dalam pantang ibu pun nak raya jgk. Ni gambar raya kami :)

Gambar raya pertama kami, 2014

Selepas raya baru kami mula sibuk2 siapkan urusan ke UK termasuk visa, passport husna & sebagainya. Amatlah susah nak ambil gambar passport baby yang baru lahir. berpeluh2 kami nak buat Husna jaga tapi tak nangis..hasilnya macam ni lah.haha.

Sepanjang berpantang sy agak aktif juga bergerak ke sana sini. Takut jugak sebab  czer kan? :( Tapi nak buat macamana terpaksa gagahkan diri. Banyak kali jugak saya keluar rumah semasa dalam pantang even malam pertama keluar hospital lagi saya keluar cari pam susu untuk husna :(. Ada beberapa kali jugak kami berulang ke bangi stay rumah kakak untuk uruskan visa, tibi test dll. Alhamdulillah semua selamat..risau juga kalau terbuka jahitan atau masalah2 lain.

Masa awal2 tu bacaan jaundice husna agak tinggi. Banyak kali jugak kena follow up di klinik kesihatan kulim-bangi- parit raja jadi caca marba buku tu dek kerana kami berpindah randah. Memang bagus klinik kesihatan kita, boleh cek dimana2 asalkan bawak buku rekod kanak2 tu.

Husna sempat check up & dapat vaccination BCG & Hep b 1st dose sahaja. Genap umur husna 2 bulan kitorang dah fly ke uk. Sekarang continue vaccin kat sini melalui NHS. NHS adalah percuma tapi jenis vaccin dan jadual sedikit berbeza dengan malaysia. Ada yang kat malaysia wajib tapi kat sini tak. Contoh macam Hep b. So terpaksa request sebab nak complete kan dose 2. Sistem kesihatan dorang ada baik dan buruknya berbanding sistem kita. Not bad apa klinik kesihatan kita :p

Dan begitulah kesimpulannya setelah lama gila tak update blog. So, here i am now in uk! Sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa jaga anak, makan pakai suami & anak.ehehe..and the journey is just begin!

Saturday 3 May 2014

Detailed Scan & 3D/4D scan

Assalamualaikum....

Tak sempat lagi nak polish entry tentang pemakanan..rasa macam jawap essay masa student dulu :p. Untuk entry kali ini kita santai-santai sahaja saya nak cerita pengalaman buat detailed scan.

Detailed scan ni lebih kurang je macam scan dekat klinik tu cuma lebih lama dan lebih detail lagi. Biasanya kita nak tengok anggota badan baby cukup ke tak ada sumbing ke organ dalaman macam buah pinggang, jantung, tulang belakang semua dah nampak dah.

Untuk detailed scan ni kami buat dengan 3D/ 4D Scan Malaysia. Harga RM120 siap CD dan print gambar.. Aiii...nak mengintai baby punya pasal takpelah melabur sikit. Lagipun dapat cd boleh tunjuk kat baby nanti insyaAllah..

Kebanyakan klinik yang buat detailed scan ni kat KL or Selangor jadi bila jumpa klinik kat Penang ni cepat-cepat saya email dan book appointment. Sekejap je prosesnya cepat je dia reply.

Appointment pukul 10pagi, kami gerak dari kulim pukul 8:30pagi sampai-sampai je klinik Mediviron tu tak bukak lagi :p. Excited terlebih pulak nak intai baby tengah buat apa pagi-pagi ni..dah bangun ke belum tu?hihi

Pakar yang scan ni bukan doktor ya, dipanggil sonographer.. Dorang ni lagi tau details tentang scan ultrasound ni sebab dah memang tu yang dia belajar huhu.. Segala macam bahagian badan baby semua dia tunjuk tapi kami yang tak berapa faham tengok ultrasound ni nampak gelap jek :p

Jom layaan gambar baby kalau korang boleh nampak lah.hahha

Haa..ni jelas nampak bentuk muka baby kan :)

Ni spine baby iaitu tulang belakang..nampak ok sihat dan normal alhamdulillah cukup ya kalsium untuk baby

Yang ni rasa kepala baby

Kepala baby diukur nak tengok perkembangan setara tak dengan EDD

Nampak tu tulang paha pun dia boleh detect..salute lah dengan sono ni

Ahha kidney ni boleh nampak aliran darah

Humerus ni tulang tangan ye

Ni gambar feveret saya siap nampak jari lagi sikit punya comellah genggam tangan pulak baby ni ehhee

Hidung pun dia boleh nampak..mancung tak agaknya yek? :p

tekak lidah semua pun ditunjuk....tapi yang saya nampak macam gelap jek :D

Mulut comel baby

Ni segala details ukur lilit kepala etc..dapat jugak satu dia print skali..

Ahhhaa tudia gambar2 baby banyak lagi tapi semua takfaham..yang upload ni mana yang dia tulis so boleh la cam sikit hihi.

Oho lupa pulak nak mention detailed scan ni hanya boleh buat masa kandungan minggu 18 - 24 sahaja sebab kalau baby dah besar susah nak nampak body part dia,,ruang nak bergerak tu dah kurang. Jadi korang sekarang dah berapa minggu ni? Jom lah buat detailed scan!


Monday 28 April 2014

1st trimester: Week 3 - Week 15

Assalamualaikummm...

Hi..untuk entry seterusnya, terpaksa backdated lah sebab nak cerita pengalaman masa trimester 1 dulu..

Actually saya dah dapat detect pregnancy as early as week 3 lagi..hihi..overexcited sgt, 1 week before expected period tu saya dah start buat UPT test..boleh kata hari-hari test. Strips tu pon saya beli online murah2 je RM1/strip di sini http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/. Walaupun murah sangat2 berguna & reliable tau!huhu..

11/12/14 (7 days before expected period)
Masa mula2 tau pregnant tu hb saya yang macam detect dulu, ..tapi senyapppp je dia tengok strip test tu dan suh cuba besok pulak. Tapi saya perasan muka dia macam semacam (huuu i know you very well!), so saya tgok strip tu very3 carefully......yes! got very3 faint line :)))))

12/12/14
Tapi tak mau berharap dulu, betul kata hb confirmkan besok....so the next day saya test lagi nampak double line tu makin lama makin clear dari hari ke hari..Alhamdulillah :)

Happy sekejap je sebab the next few days tu tiba-tiba saya bleeding pulak..:'(. Mulalah gelabah sebab trauma dulu masih tak hilang lagi..cepat2 saya pegi klinik kesihatan (KK) sebab bleeding makin banyak setiap hari..

15/12/14
Pergi KK, sister tu tak percaya saya pregnant kalau ikut LMP (20/11/14) masih awal lagi takkan dah boleh detect, so saya request untuk buat UPT..dan hasilnya memang +ve..hihi ternganga jugak dia. Dr bagi MC 2 weeks + duphaston ubat kuatkan rahim, diagnosed as threatened miscarriage.

Lepastu semua ahli keluarga sanak saudara & kawan2 tau. Orang kata jangan heboh2 dulu bukan apa takut anything happen kan kecewa jadinya :'(. Mana nak menghadap kekecewaan, nak menghadap sanak saudara yang bertanya lagi..huuu belajar dari pengalaman lepas..After 2 weeks MC, still bleeding lagi so Dr smbg lagi 2 weeks, total = sebulan cuti! :D

12/01/14
Tarikh ni saya buat buku merah..kandungan baru 7 weeks. Agak leceh dan kekok sebab macam-macam prosedur. Walaupun kerja kat KK selama ni tak pernah ambil tahu pun prosedur ibu mengandung :'( Mula-mula ambil nombor, buat buku merah, timbang dan ukur tinggi, ujian air kencing, ujian darah (suami pun kena buat HIV test), jumpa misi, jumpa Dr, jumpa sister untuk review..fuhhhhh.setel.

Early pregnancy tu agak macam-macam dugaannya..dan ulang alik jugak follow up KK - Hospital Kulim - Klinik Swasta.. Asyik2 pi scan sebab nak make sure bb selamat..Tapi yang sangat bersyukur di awal pregnancy tu hampir tiada alahan or mabuk-mabuk pun takda.

Memang seronok, tapi ada sesetengah Dr berpendapat kalau tiada alahan tu mungkin sebab hormon tak kuat :( sebab tu sy bleeding kot..Jadi tak boleh la nak happy2 sangat kan.huuuu

Tanda-tanda awal mengandung pun saya tak banyak sangat rasa tapi sebab UPT dah naik 2 line kan so tak ada lah perhati sangat tanda. Yang agak paling ketara adalah hidung menjadi sangat sensitif especially dengan bau-bau masakan atau bau rokok masa kat kedai makan (Nasib baik hb sy tak smoking :).

Hahh! 1 lagi yang paling ketara saya asyik mengantuk + penat...balik keja sharp pukul 5pm mesti tido sampai hb balik rumah pukul 7pm baru dia kejut ;) dan sy makin malasssss masak.hahha.. Masa ni lah asyik makan kat kedai je sampai boring tak tau dah nak makan kat mana.

Tu lah antara pengalaman dan ujian trimester 1..ujian paling besar adalah dah masuk trimester 2 ni pun masih bleeding lagi..Jadi untuk M2b yang lain dan juga saya sendiri, bersabarlah dengan ujian tuhan sebab hikmahnya lagi besar..InsyaAllah..

OK! untuk next entry, saya nak update tentang pemakanan ibu mengandung semasa Trimester 1. Selama ini hanya belajar teori sahaja, kali ni baru boleh praktikkan :)

Assalamualaikum...

Friday 25 April 2014

Intro pemilik Blog :)

Assalamualaikum...


OK. I've decided to delete all the past posts and transform my blog into M2b blog..!hehehe...tak banyak pun delete sebab memang tak aktif berblogger.

So, dalam entry ringkas ni saya nak perkenalkan diri especially untuk blogger2 M2b yang sedang membaca blog ni :p

I'm 22 weeks preggy now (dah halfway baru nak berblog.. aishhhh) love blogwalking, love arts, cooking, travel! & writing. Hope to become a full time housewife someday but currently working as a pekerja gomen - Nutritionist or Pegawai Zat Makanan di sebuah klinik kesihatan setempat.hahha!

Selain nak story pasal my pregnancy journey here, saya akan cuba update sikit-sikit tentang pemakanan & kesihatan terutamanya pemakanan semasa pregnancy, pemakanan bayi & kanak-kanak. Saya suka masak jugak & suka mencuba sesuatu yang baru. Sebab tu blog ni nama 'try & enjoy'! Kalau tak try kita tak tahu kan? ;) So mungkin ada jugak entry tentang arts & recipessss. Bergantung kepada tahap kerajinan la.huhu

Satu lagi saya nak share jugak tentang travel journey, holiday, pengembaraan dll untuk diabadikan kat sini so boleh la refer balik next time nak pergi lagi ke.huhu. Tapi sebenarnya kami suami isteri ni memang suka duduk kat rumah je. Sekali sekala ada lah pergi holiday dekat dekat jek ;). Untuk travel journey, i'll try to cover everything from accomodation, jouney, interesting places etc. ok?

So blogger-blogger m2b dijemput follow my blog. Please leave your track here and i will follow u back :)

OK sebagai pengenalan, sy tempek dulu gambar saya & hb..kot-kot ada yang kenal ke?hihi


Solemnization date: 27 January 2013

Assalamualaikum...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...