Tuesday 14 October 2014

best moments ever: kelahiran husna

Assalamualaikum....

Yeahhh..akhirnya ada masa juga nak update detik-detik kelahiran Husna. Bukan apa, takut terlupa every details yang penting. Almaklum ingatan orang lepas bersalin ni lain sikit. Orang kata beberapa urat saraf putus..agak2 sebab tu orang lepas bersalin ni cepat pelupa ;). Nak2 lagi kisah kelahiran husna sangat panjang, sebab tak sangka dia nak keluar awal.

11/07/14
OK, semuanya bermula dengan filem Transformers: Age of extinction yang ditayangkan pada bulan ramadhan.heheh bukanlah sebab Megatron nak serang maka Optimus prime decepticon nak selamatkan bumi lalu menyebabkan husna nak keluar awal..tapi sebab hb saya yang mengidam nak tengok movie tu tengah2 malam. Alkisah selepas solat terawih hb kata nak pegi tengok wayang sorang2. Saya pulak tak sampai hati lah hai temankan jugak hb tengok transformers tu walaupun saya memang tak suka tengok cerita action.

Sebelum masuk wayang tu saya sempat makan aiskrim cone perisa mint, yang memang asyik habis je setiap kali kami datang. Sampai adik jual aiskrim tu dah kenal and cakap rezeki ibu mengandung harini ada aiskrim mint :p. Alhamdulillah dapat juga makan sebelum bersalin.

My feveret aiskrim - perisa mint!


Sepanjang dalam wayang tu memang hati saya tak tenteram (Saya memang takut tengok cerita action yang ada tembak2, hati kecil sangat.hihi). Baby pulak asyik tendang2 & golek2 macam tak keruan kat dalam tu terutama kalau ada adegan tembak2 dsb. Tapi saya bertahan sahaja dan pujuk baby sikit lagi sayang..sabar ye ibu ada...Nasib baik tak terberanak kat situ :p. Alhamdulillah kami sempat habiskan movie tu dan selamat sampai rumah.Lega!

12/07/14
Pagi besoknya time sahur bila bangun dari katil saya perasan macam ada air yang mengalir. Saya pasti sangat bukan air kencing, takda bau, jernih & bukan keputihan. Walaupun rasa tak sedap hati saya sambung jugak tidur lepas subuh tu. Dalam pukul 8 saya terjaga untuk ke toilet sekali lagi saya dapat rasa ada air mengalir. Kali ni lagi laju dan banyak. Saya kejutkan hb dan paksa dia pergi hospital. Instinct saya mengatakan ada yang tak kena.

Sampai di hospital terus masuk labor room.hihi bukan nak bersalin lagi tapi nak cek ja samada betul leaking. Dr tak dapat pastikan samada air ketuban sebab terlalu sedikit. Jadi saya kena tahan kat wad sebagai precaution. Sebelum check in kat wad saya solat zuhur dulu di surau hospital. Time saya sujud tu memang banyak air yang mengalir lagi. So saya terus ke labor room dan dr periksa lagi dan confirmkan memang air ketuban bocor :(

13/07/14
Jadi menginaplah saya di wad akhirnya. Ingatkan beberapa hari je sebab nurse cakap biasa kalau dah tak leaking lepas dua tiga hari boleh balik dah. Jadi segala barang baju pun bawak sikit-sikit je. Mula-mula saya dapat wad kelas biasa, tapi tengok kat GL saya layak kelas pertama so tanya lah nurse kalau ada kosong.. Untuk kakitangan kerajaan macam cikgu ke biasanya layak wad kelas 1. Kalau kita tak tanya biasanya dia letak kat kelas biasa ja. Bukan apa, kemudahan macam toilet dekat dan lebih privasi sebab 1 bilik dua orang sahaja. Jadi tak perlulah asyik nak pakai tudung 24jam bila pelawat patient lain mai (Sesetengah hospital ni bukan waktu melawat pun boleh masuk je..:(

Alhamdulillah ada kosong saya pun pindah je lah, bukan kena bayar pun :p. Tapi agak boring jugak lah sebab katil sebelah tu kosong.huhu. Ni lah yang tak best hidup merantau..keluarga, sanak saudara jauh tak dapat melawat. Hai nasibb... Memang boring duduk hospital ni.. nasib baik ada keluarga angkat & rakan2 sekerja yang datang melawat & menghibur hati.hihi. Oleh sebab katil sebelah tu kosong jadi hb saya lama jugakla melepak temankan wife :).

14/07/14
Hari Isnin. Hb dah start kerja. Sepanjang hari tu tidur je keja (Dah kata kena rehat :P). Lepas balik kerja, hb pun datang melawat sambil bawa juadah di bazar ramadhan. Makanan kat hospital ni not bad jugak. Kami makan sama2, lepastu terus pergi surau berdekatan nak solat maghrib. Time solat maghrib ni lah saya rasa air mengalir lagi. Banyak jugak. Masa nak masuk balik dalam bilik terjumpa dengan sister depan pintu wad. Dia tanya saya progression dsb. Saya rasa macam takda progression, air ketuban still keluar sikit2 sepanjang masa. Sister suggest saya buat VE.

Dengar perkataan VE pun dah seram. Jadi iya kan je kat sister tu, ok kan je.hehe. Hb pun dah siap2 nak balik rumah time tu nak mandi & rehat. Saya pun hantar dia ke muka pintu.hihi. Lepas Hb keluar dari bilik, sister datang pulak & insist suruh buat VE. OMG! Saya dengan rela dalam terpaksa pun redha je lah. Surprisingly, tak sakit sister tu buat VE.

Surprisingly jugak, sister tu jerit 7cm! OK sekarang packing segala barang terus ke Labor Room! Oh myyy terkejut sangat2 sampai tanya barang apa? Barang kelengkapan baby pampers dll! kata sister. Alamakkk! Saya belum beli..!

Bersambung ke Part 2....


Assalamualaikum...;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...