Thursday 16 October 2014

Kelahiran Husna Part 2

Assalamualaikumm...

14/07/2014
OK! Stop pulak time saat genting ye..bersambung ke episod 2.. Setibanya di labor room (suspen kan?!) Semua pakat sibuk la pasang ecg cucuk sana sini, ada sorang HO ni dia baru start kerja beberapa hari. Sembang punya sembang skali dia salah cucuk jarum drip kat tangan saya. Banyak darah keluar sampai basah cadar tu :'(. Saya maafkan.

Saya toleh kiri kanan malam tu memang labor room agak kosong. Sementara nak tunggu bukaan tu saya teringat ilmu yang saya belajar dalam group gentle birth, kena banyakkan jalan. Tapi nurse2 situ tak bagi banyak jalan pulak. Nak pegi mana2 pun depa sorong pakai wheelchair. Mula2 tu ikut jugak cakap dorang, nak pegi toilet yang sekangkang kera pun dorang sorong jugak. Lepas 2,3 kali selamba je turun katil jalan ke toilet dan sempat pulak melawat katil2 lain :p.

Sampai pukul 1 pagi mata masih tak boleh lelap. Contraction memang langsung tak ada tapi hati rungsing teringat hb masih tunggu kat luar. Dalam hati terbayang mesti dia ingat wife dia tengah bertarung nyawa dalam labor room.kihkih. Bukan apa, selalu tengok tv kalau dah masuk labor room mesti tak lama lagi baby nak keluar. Masalahnya ni langsung tak sakit. Betulke dah 7cm ni?

15/07/2014
Akhirnya terlelap jugak entah pukul berapa. Pagi nya nurse cek graf lagi masih takda contraction. Oh FYI, kalau kes macam saya dorang takkan simply buat VE sebab takut infection pulak baby kan baru 32 weeks. Jadi semua terpulang pada saya, kalau dah betul2 sakit baru Dr datang. So sepanjang hari jugak lah saya menginap dalam labor room. Nasib baik ramai jugak staf2 kesihatan yang datang melawat termasuk matron. Sembang punya sembang akhirnya saya dapat masuk ke bilik mother care friendly.

Untuk pengetahuan semua yang belum tahu, hospital kerajaan kita kebanyakan memang dah ada bilik ni iaitu untuk low risk mother bersalin. Kat sini boleh bawak suami@ peneman, ada gym ball, sofa dll kemudahan untuk  natural inducer. Tapi saya ni kira high risk mother jadi cuma boleh menumpang guna bilik tu sahaja. Jenuh la saya duduk kat gym ball, jalan, sujud dsb.

Tapi yang best nya hb saya boleh masuk. Kesian kot semalaman dia tggu kat luar wad. Malam semalam dia cuma berbuka roti, lepastu tak sempat sahur pulak pagi tadi. Kalut sangat sebab wife dah masuk labor room :p.huuu cian ayah. Husna dah besar ingat tau susah payah ayah jugak :'(

Petang tu saya duk happy sembang2 dengan staf2 kesihatan dari klinik saya yang datang melawat... tiba2 masuk lah segala pakar2 O&G 1 rombongan. Seram sejuk pulak. Rupanya kes saya ni masuk dalam meeting dorang dan keputusannya saya perlu di induce secepat mungkin! Saya dengan gabrahnya, err sekarang ke Dr? Ya! Kata Dr pakar. Oh my! Saya tak sedia lagi...Tak sempat nak cakap apa terus swooshh dia pecahkan ketuban & masukkan drip. Alasannya adalah sebab dah leaking lebih 48jam. Seram sejuk terus saya fokus! Ok baby dah nak keluar dah ni..

Saya pun dipindahkan dalam bilik untuk bersalin. Sampai situ mulalah dengar segala jenis jeritan tangisan dsb. Cuak je rasa..dan-dan tu baru lah nak start study cara nak teran bagai. Contraction pun dah rasa sikit2. Tapi ok lagi baru selang 10min. Ramai dah duk mesej / call dsb terutamanya family kat kampung. Semua dok pakat nak datang dah.haha..masing2 mesti terkejut.

Saya siap install contraction tracker sebab nak kira contraction. Lama jugak irregular contraction, kadang2 selang 10 minit, 5 minit dan surprisingly duration nya tak panjang dalam 1,2  minit je. Nurse sampai pelik dan tambahkan lagi dos kasi induce cepat sikit. Start induce pukul 4pm, pukul 7pm tambah lagi dan start sakit panjang sikit. Time sakit tu memang sakit sangat lah tapi saya keep in mind yang ni baru sikit, lepas ni ada sakit lagi, sakit lagi (Saja nak psiko diri sendiri supaya bersedia)

Pukul 8pm Dr datang cek bukaan dah 10cm! Masa tu perasaan saya bercampur baur, terkejut. Sakit tak sangat, dah nak kena teran ke? Dr tanya dah rasa nak meneran ke? Saya kata tak rasa lagi. Tengok graf contraction pun dah tak kerap sangat. Selang 5 minit kot. Tu pun sekejap. Jadi Dr tinggalkan saya dulu tengok patient lain.

Bila bukaan dah cecah 10cm ni baru hb boleh masuk dalam labor room. Alhamdulillah takdelah boring sangat boleh sembang2. Baring sorang2 sambil dengar macam2 bunyi orang tengah bersalin ni lemah semangat jugak.huuu tapi yang paling best bila dengar tangisan pertama baby. Mesti lega je kan perasaan ibu2 ni dah lepas.hihi

Pukul 8, pukul 9, pukul 10..saya pun dah tak ingat apa yang saya buat sepanjang nak tunggu contraction tu, mengaji, selawat, sembang dengan hb.. main facebook pun sempat :P. Pukul 10 malam Dr datang tanya macamana dah ada rasa nak teran?huuu hati memang nak meneran nak kasi baby cepat keluar tapi body macam tak ready lagi sebab contraction masih belum kerap. Tapi kami decide nak give a try. Bila contraction datang saya pun cuba lah meneran sambil mempraktikkan ilmu yang belajar. Sekali teran terus nampak kepala baby.hihi sambil Dr puji pandai meneran!

Tapi teran punya teran sampai contraction dah tak ada still baby tak boleh keluar, dekat position yang sama. So Dr suspect kedudukan baby senget. So Dr try pusingkan kepala baby..tapi bila nak meneran baby pusing balik ke kedudukan asal.huuu beberapa kali juga Dr try betulkan tapi still tak boleh. Akhirnya Dr suggest ceaser sebab takut baby lemas.uhuuu ikutkan hati memang tak mau dan nak try lagi teran kuat2..last2 hb pujuk kata ceaser je.uhuk.

Bersambung ke Part 3....


Assalamualaikum...;)







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...