Saturday 11 October 2014

Life after bersalin!

Assalamualaikumm...

Aduhaiii payah betul rupanya nak bagi full commitment dengan blog ni. Start 1st trimester je trus senyappp :p. Baby husna pun dah boleh tiarap..melampau!huhuu. Actually banyak je post yang dalam draft tu, konon banyak idea tapi kesibukan mengatasi segalanya.

Banyak benda yang jadi pada saya dalam beberapa bulan ni. Yes, life is unpredictable! I'm now in UK and finally become a housewife! Walaupun temporary housewife jek tapi still happy..cita-cita dari kecik kot!hehee.

OK! life after bersalin, totally change! 360 degree.hihi. Husna lahir premature at 33weeks. Memang tak sangka langsung dia nak keluar awal. Nanti sy buat satu entry khas tentang kelahiran husna. Banyak yang ingin dikongsikan..harap2 husna boleh baca blog ni satu hari nanti.

Hari ke-8 husna lahir, kami pindah terus ke johor. Hb dapat offer further study ke UK jadi banyak urusan yang perlu di settlekan, sangat kelam kabut. Mana nak setelkan urusan baby, uruskan perpindahan dan barang2 rumah..Time tu bulan puasa nak dekat raya, ingat lagi kami gerak petang tu dari Kulim terpaksa singgah ke Penang dulu (Hb nak setelkan kerja sket) melalui jambatan pertama & balik ke Johor terus melalui jambatan kedua. So boleh la bagitau husna nanti dia dah rasa naik jambatan pulau pinang.hihi.
 
Raya 2014 adalah raya pertama kami bersama baby Husna. Time tu Husna baru 13 hari. Sangat kecil & nampak fragile. Oh how much i miss the moments now... Banyak Husna collect duit raya.ehee walaupun dalam pantang ibu pun nak raya jgk. Ni gambar raya kami :)

Gambar raya pertama kami, 2014

Selepas raya baru kami mula sibuk2 siapkan urusan ke UK termasuk visa, passport husna & sebagainya. Amatlah susah nak ambil gambar passport baby yang baru lahir. berpeluh2 kami nak buat Husna jaga tapi tak nangis..hasilnya macam ni lah.haha.

Sepanjang berpantang sy agak aktif juga bergerak ke sana sini. Takut jugak sebab  czer kan? :( Tapi nak buat macamana terpaksa gagahkan diri. Banyak kali jugak saya keluar rumah semasa dalam pantang even malam pertama keluar hospital lagi saya keluar cari pam susu untuk husna :(. Ada beberapa kali jugak kami berulang ke bangi stay rumah kakak untuk uruskan visa, tibi test dll. Alhamdulillah semua selamat..risau juga kalau terbuka jahitan atau masalah2 lain.

Masa awal2 tu bacaan jaundice husna agak tinggi. Banyak kali jugak kena follow up di klinik kesihatan kulim-bangi- parit raja jadi caca marba buku tu dek kerana kami berpindah randah. Memang bagus klinik kesihatan kita, boleh cek dimana2 asalkan bawak buku rekod kanak2 tu.

Husna sempat check up & dapat vaccination BCG & Hep b 1st dose sahaja. Genap umur husna 2 bulan kitorang dah fly ke uk. Sekarang continue vaccin kat sini melalui NHS. NHS adalah percuma tapi jenis vaccin dan jadual sedikit berbeza dengan malaysia. Ada yang kat malaysia wajib tapi kat sini tak. Contoh macam Hep b. So terpaksa request sebab nak complete kan dose 2. Sistem kesihatan dorang ada baik dan buruknya berbanding sistem kita. Not bad apa klinik kesihatan kita :p

Dan begitulah kesimpulannya setelah lama gila tak update blog. So, here i am now in uk! Sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa jaga anak, makan pakai suami & anak.ehehe..and the journey is just begin!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...