Wednesday 14 January 2015

Breastfeeding journey~ pengalaman menyusukan bayi kali pertama

Assalamualaikum....

OK kali ni nak cerita pasal breastfeeding journey pulak. Kalau sesiapa yang familiar dengan pekerjaan saya sebagai Pegawai Sains Pemakanan mesti ingat PSP ni tentu takda masalah nak bf sebab kami ni biasa bagi ceramah penyusuan dekat klinik. Wahahaaa..tapi hakikatnya teori dengan praktikal amatlah bezanya. Ilmu pengetahuan cukup pun belum tentu boleh berjaya kalau takda kesungguhan, keazaman, kesabaran dll.

Nak-nak kalau awal-awal memang ada masalah penyusuan macam nipple inverted atau tenggelam, baby tak nak hisap, nipple luka, baby sumbing, cleft palate, syndrome down, rasa susu tak cukup dll memang lagi merendahkan lagi semangat ibu-ibu nak menyusukan bayi. Tapi dengan keazaman dan kesabaran yang tinggi, anda boleh lakukannya!

Saya masa awal kelahiran husna memang rasa dah sampai tahap meroyan. Menangis hari-hari sebab baby masih tak pandai menyusu..baby pun menangis je sebab lapar.huhu. Masalah saya sebab kedua-dua nipple inverted, mulut baby pulak sangat kecik..premature kan. Dalam kes saya ni baby lahir awal 8 minggu @32 weeks. Time tu susu pun tak keluar lagi. Kadang-kadang sesetengah ibu masa hujung mengandung tu pun dah keluar sikit2 kan..tapi tak semua ya. Itu yang buat down tu.

Masa kat hospital ada senior2 PSP yang datang melawat tolong buat urutan untuk merangsang susu..alah yang kat tulang belakang tu ada dalam buku antenatal kita..baca tau buku tu!hihi. Sepanjang kat hospital tu pun cuba perah susu even susu tak keluar untuk merangsang breast.. Masa tu baby duduk dalam wad SCN jadi susah saya nak datang sebab baru ceaser kan. Kalau nak pergi tengok baby kena panggil staf tolak pakai wheelchair. Tapi bila saya datang je baby tengah tido dan nurse cakap baru lepas diberi susu (formula untuk premature baby :( . Sedih memang sedih kalau boleh tak mahu langsung susu formula tapi keadaan saya pun tak mengizinkan.

Hari kedua (17/09/15) lepas husna lahir baru ada susu..kolostrum tapi dapat sangat sikitttt.. 1 sudu teh pun tak sampai agaknya. Saya excited terus pergi SCN tak pakai wheelchair pun.huuu Tengok-tengok si manja tengah tido lagi..susu pun nurse dah bagi.. So saya pass kat staf SCN suruh campur dengan susu husna untuk next penyusuan.

Hari ketiga (18/09/15) saya dah dibenarkan keluar hospital..Husna masih kena tahan di SCN sebab perlu teruskan antibiotik. Masa nak tinggalkan dia kat hospital sorang-sorang sedih je rasa. Ada bilik kat SCN boleh sewa untuk ibu yang nak stay wad untuk susukan baby..tapi penuh pulak time tu. Ingat kalau husna kena stay 2-3 hari lagi memang nak sewa lah bilik tu..

Tapi malam tu dapat call dari hospital yang husna dibenarkan balik keesokannya.. Waahaa..! perasaan bercampur baur..alhamdulillah, happy,excited, takut! Malam tu jugak saya push hb untuk keluar sama-sama cari pam susu (please jangan tiru aksi ini.. baru lepas bersalin sila pantang dari jalan-jalan keluar..mak saya pun dah tak tau nak cakap apa sebab saya risau sangat husna tak cukup susu) Sebenarnya pampers, baju baby barangan baby semua hb baru beli time saya admit kat hospital sebab memang tak expect langsung baby nak keluar seawal itu. Jadi pengajarannya sila beli awal barang-barang tersebut..28weeks tu pun dah boleh shopping patutnya huhu..

Waktu tu susu saya memang tak banyak lagi perah dapat 1-2ml je ..saya risau sampai menangis-nangis. Tu yang hb bagi keluar jugak tu cari pam susu sebab dia memang tak tahu apa2 pasal pam ni. Hmm mungkin sebab tak cukup rangsangan sebab baby tak kerap hisap dan satu lagi sebab saya stresssss susu memanglah tak keluar.

Hari keempat (19/09/15). Welcome home Ain Husna Ainol Azim! :) Selamat datang ke rumah yang alamatnya ada dalam ic kamu.hehe. Tapi sebelum nak sampai umah tu macam-macam lah.. Ambil ubat saya dulu kat farmasi sebab semalam balik dah petang farmasi tutup. Hb pergi tunggu nombor untuk ambil ubat, saya lepak kat bilik penyusuan dekat dengan farmasi tu. Sambil tunggu Hb tu saya cuba perah susu lagi pakai tangan. Huuuuuu susu mencurah-curah time ni alhamdulillah..lega terus saya..macam tau-tau je Husna dah nak balik ni dapatlah dalam 4oz sekali perah. Tunjuk kat hb dia excited + terkejut hihihi.

Lepas ambil ubat kat farmasi pergi SCN setelkan borang discaj semua tukar nappy tukar baju baby ohh anak ibu sangat comel time ni. Ibu sangat kekok pakaikan pampers baby huhu. Lepas tu kena pegi ke wad 10 pulak sebab baby belum cucuk BCG & hepatitis B. Tapi tak boleh cucuk Hepa B sebab berat baby tak cukup bawah 2.3kg.huuu nanti kena cucuk kat klinik je.


Wajah comel Hucna sebelum ibu tukarkan pampers & baju. Let's go homeeee

Akhirnya sampai jugak ke rumah.. atuk dan nenek dah tunggu di muka pintu :) (happy..happy..) Tapi tak lama lepas tu husna nangis lapa lapa ibu cuba susukan baby tapi husna tak pandai attach lagi sebab mulut husna kecik + kedua-dua nipple ibu inverted. Dah macam-macam cara cuba, tarik pakai syringe, tarik pakai pam susu, siap ada rakan sekerja, adikku sumai datang untuk tolong buat model SNS (supplemental nursing system) pakai picagari dan ryle's tube. Disamping tu memang saya 24jam perah susu & latih bagi baby hisap. Ni semua untuk memastikan anak ibu cukup susu dan susu tak putus jadi husna boleh menyusu direct nanti.

Kalau diingatkan waktu tu memang tabah sangat.. tangan penat asyik perah susu, semua keja lain salin pampers/ layan baby/mandikan/pakai baju baby langsung saya tak buat.. Sebab saya dok asyik perah susu untuk pastikan baby ada susu setiap 2 jam.. Lagipun jaundice pun agak tinggi memang kena kerap susu. Saya waktu tu memang macam meroyan dah asyik nangis especially bila susu tak cukup. Pam susu pulak beli manual so tak berapa berguna sangat, perah tangan lagi cepat sebenarnya. Lagi satu tekanan jugak dari semua orang, mak, abah, suami, nurse kat klinik pun push untuk bagi susu formula. Sebab dorang risau baby tak cukup susu dan jaundice pun makin naik.

Ha...mana tak stress time tu.. Bila stress takut susu tak keluar pulak. Tapi alhamdulillah susu sangat banyak tak putus-putus sebab slalu perah. Bersyukur sangat..saya memang sentiasa berpegang kepada konsep ada demand ada supply. Yakinlah bahawa kita memang mampu menghasilkan susu cuma perlu kerap dirangsang barulah susu boleh dihasilkan.. Makin kerap rangsang, makin banyaklah susu nanti. Be positive! :)

Sampai satu tahap saya sedar yang perkembangan baby ni pantas sangat dalam seminggu dia dah buka mata, goyang kaki tangan pun dah smooth, kadang-kadang pandai ngoceh (ajak sembang). Saya rasa saya patut relaks dan nikmati saat-saat yang sekejap ni. Bukan senang nak dapat baby ni, kahwin dah dekat setahun baru pregnant, pastu gugur pulak pregnant lagi tapi asyik bleeding sepanjang kehamilan banyak dugaannya. Nasib baik anak ibu ni kuat sejak dari dalam perut lagi.

Hari ke 8 kelahiran husna, kami travel dari utara ke selatan, balik ke johor nak sambut raya. Selamat tinggal Kulim thanks dapat hadiah istimewa, baby baru! Waktu ni fikiran saya dah tenang sikit, jumpa dengan kakak saya & kakak ipar yang kesemuanya pro breastfeeding rasa macam ada circle disitu.hehe. Waktu ni husna masih tak pandai direct feeding lagi masih minum susu perahan. Kakak saya yang masih menyusukan anak dia cuba susukan husna alhamdulillah berjaya! Pandai dah rupanya anak ibu ni menyusu cuma dekat saya macam susah sikit sebab takda nipple kan dan mulut dia kecit sangat baby prem ni lain.

Bila dah macam tu saya lagi lah semangat makin kerap cuba latih husna attach lebih ke kawasan areola (keliling nipple). Boleh attach tapi dia cepat terlepas. Kami kira berapa hisapan dia boleh bertahan sebelum terlepas tu..makin lama makin banyak lah tapi bila dah terlepas mula lah dia menangis frust. Boleh tahan dalam 20 - 30 saat je. Perahan susu masih diteruskan. Tangan memang penat tapi skil memerah saya memang bertambah baik..10oz sekali perah, pakai tangan kot!


Rajinkan buat kangaroo care nak biasakan baby dengan bau ibu..pun boleh merangsang susu jugak

Hari ke 17 (Hari raya kelima). Hari yang Husna cukur rambut botak. Best friend kitorang Syud & Hafiz datang beraya sambil tengok baby. Syud pun baru bersalin jugak tu 2 bulan. So dia lepak kat bilik saya sambil menyusu baby Mirza. Saya pun susukan Husna jugak even dia sering terlepas2 tak tahu berapa banyak sangat lah yang dia dapat. Sembang punya sembang dengan Syud tu tak sedar yang hisapan husna makin kuat lama-lama dia tertido. Terkejut saya time tu. Memang tak pernah Husna tertido lepas menyusu saya. Biasanya end up dengan dia meraung sebab tak cukup susu atau frust tak dapat susu.huhu

Itulah permulaannya...time tu mungkin saya relax, tengah sembang gelak2 dengan kawan, tak stress, tak fokus sangat pada masalah penyusuan tu..just bagi susu. Alhamdulillah lepas dari tu Husna dah boleh susu lama sampai tertido. Maksudnya sampai kenyang. Perasaannya? Allahuakbar...hanya tuhan sahaja yang tahu..bersyukur sesangat.

17 hari..masih berusaha jugak nak bagi baby direct feeding walaupun banyak sangat halangan dan akhirnya berjaya. Inverted nipple, baby kecil sebab prem, baby tak pandai attach, family push bagi formula, stress meroyan itu semua dugaan saya. Hb pulak gagahkan diri bangun malam setiap 2 jam untuk suap susu pakai cawan sebab baby memang tak pandai hisap botol. Mungkin tu jugak salah satu sebab Husna masih boleh direct feeding sebab dia tak biasa pakai botol lagi. Ishhh gigih sangat rupanya suami saya ni. 17 hari tido malam tak lena set alarm setiap 2 jam untuk susukan anak pakai cawan sikit-sikit. Sampai satu tahap tu dia mengigau time anak nangis dia tepuk-tepuk bantal shhh shhh hahaha..

Alhamdulillah saya berjaya hasil daripada bantuan orang sekeliling dan juga semangat keazaman yang tinggi nak menyusukan baby. Sekarang ni Husna dah champion hisap susu. Cakaplah position macamana cradle hold, football, baring, menonggeng semua dia pandai.hihi. Anda yang sedang membaca yakinlah terhadap diri sendiri yang anda boleh menyusukan bayi anda. Allah dah cipta sistem penghasilan susu yang sangat efektif, ada demand mesti ada supply. Yakinlah..Happy Breastfeeding! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...